BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Dunia vs. Akhirat

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,715
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,715
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Affan,
diceritakan oleh Hammad bin Salamah, diceritakan oleh Tsabit,
daripada Abu Uthman an-Nahdi, daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Penduduk neraka yang seksaannya paling ringan
adalah Abu Talib,

dia memakai dua sandal
yang mana otaknya mendidih
kerana panas kedua-duanya (sandal)."


(Hadith Muslim no. 312)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
View attachment 965884

Hadits Bukhari no. 2269
Status: Sohih - Ijma’ ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah radhiyallahu ‘anhu,
Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Barang siapa yang berlaku zalim
terhadap kehormatan saudaranya.
Atau apa sahaja (yang berkait dengannya).

Maka hendaklah dia meminta pemaafan daripadanya (sehingga dimaafkan)
pada hari ini (ketika masih hidup).

Sebelum datang suatu hari
yang tiada lagi dinar dan tiada ada lagi dirham.
(hari akhirat, yang wang tidak lagi bermanfaat).

(Jika dia tidak berbuat demikian),
apabila dia memiliki amal soleh,
maka akan diambil daripadanya (pahalanya)
menurut kadar kezalimannya.

Dan jika dia tidak memiliki kebaikan (pahala) lagi,
maka akan diambil dosa-dosa saudaranya (yang dizalimi) itu,
lalu ditimpakan ke atas dirinya.”


Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ قَبْلَ أَنْ لَا يَكُونَ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ قَالَ إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ إِنَّمَا سُمِّيَ الْمَقْبُرِيَّ لِأَنَّهُ كَانَ نَزَلَ نَاحِيَةَ الْمَقَابِرِ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَسَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ هُوَ مَوْلَى بَنِي لَيْثٍ وَهُوَ سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ وَاسْمُ أَبِي سَعِيدٍ كَيْسَانُ
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ

Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan
dan suatu yang melalaikan,
perhiasan
dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta
dan anak,

كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا
seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani,
kemudian tanaman itu menjadi kering
dan kamu lihat warnanya kuning
kemudian menjadi hancur.


وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ
Dan di akhirat ada azab yang berat
dan keampunan daripada Allah
serta keredhaan-Nya.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah Al-Hadid 57:20)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
View attachment 965318

View attachment 965319

Hadits Muslim no. 4678
Status: Sohih - Ijma’ ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu ‘anhu),
Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Adakah kalian tahu siapakah al-muflis
(orang yang sangat rugi)?”

Mereka (para sahabat) menjawab,
“Al-muflis dalam kalangan kami ialah
orang yang tidak mempunyai dirham (wang).
Dan tidak mempunyai harta.”

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda,
“Sesungguhnya al-muflis daripada umatku ialah
orang yang datang pada hari kiamat
membawa solat, puasa, dan zakat.

Namun dia juga telah
mencaci orang lain,
menuduh zina orang lain (tanpa bukti),
memakan harta orang lain (secara batil),
menumpahkan darah orang lain (termasuk membunuh),
dan memukul orang lain.

Setelah itu, pahalanya (penzalim) diambil
lalu diberikan kepada setiap orang daripada mereka (yang dizalimi).

Sekiranya pahalanya (penzalim) habis
tetapi tuntutan mereka (yang dizalimi) masih belum dipenuhi,
dosa-dosa mereka (yang dizalimi) diambil
lalu ditimpakan kepadanya.

Sehingga akhirnya dia dilemparkan ke neraka."


Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
 
Last edited:
View attachment 966196

Hadits Tirmidzi no. 1904
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu ‘anhu),
Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Dua orang yang saling mencaci,

maka dosa daripada perkataan kedua-duanya
ditanggung oleh orang yang memulakan (cacian).

Selama yang dizalimi (yang dicaci dahulu)
tidak melampaui batas (dalam membalas).”


Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْتَبَّانِ مَا قَالَا فَعَلَى الْبَادِي مِنْهُمَا مَا لَمْ يَعْتَدْ الْمَظْلُومُ
وَفِي الْبَاب عَنْ سَعْدٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
 
Last edited:
waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Mari sentiasa bersyukur supaya sentiasa rasa cukup dgn apa yg ada di dunia.

Kat dunia boleh mendoakan orang supaya kita pun dapat manfaat yang sama
(didoakan oleh malaikat).


Matlamat kita ialah dapat redha Allah dan
duduk tepi nabi yg tercinta di akhirat dan di dalam Syurga Firdaus.

Maka selawat lah sebanyak2nya.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 4106

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Abdurrahman bin Mahdi, diceritakan oleh Sufyan, daripada Ma'bad bin Khalid, daripada Haritsah bin Wahb,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Mahukah aku beritahu kepada kalian,
para penghuni syurga?
Iaitu setiap orang yang lemah
dan tertindas.

Dan mahukah aku beritahu kepada kalian,
penghuni neraka?
Iaitu orang yang berlaku keras dan kasar
serta sombong."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 5937

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Ali bin Abdullah, diceritakan oleh Muhammad bin Abdurrahman Abu Al Mundzir At Thufawi, daripada Sulaiman Al A'masy, diceritakan oleh Mujahid,
daripada Abdullah bin Umar r.a.


"Rasulullah s.a.w. pernah memegang bahuku.
Dan bersabda,

"Jadilah kamu di dunia ini
seakan-akan orang asing.
Atau seorang pengembara."


Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) juga berkata,
"Apabila kamu berada pada petang hari,
maka janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi.

Dan apabila kamu berada pada pagi hari,
maka janganlah menunggu waktu petang.

Pergunakanlah waktu sihatmu,
sebelum sakitmu.

Dan hidupmu,
sebelum matimu."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register