BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Zalim Sesama Manusia (Umum)

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
1770003729949.png


Hadits Abu Dawud no. 3151
Status: Hasan - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Sirmah (radhiyallahu `anhu),
Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Barang siapa yang memudaratkan orang lain,
Allah akan memudaratkannya.

Dan barang siapa yang menyusahkan orang lain,
Allah akan menyusahkannya.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَحْيَى عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ لُؤْلُؤَةَ عَنْ أَبِي صِرْمَةَ قَالَ غَيْرَ قُتَيْبَةَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ عَنْ أَبِي صِرْمَةَ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ ضَارَّ أَضَرَّ اللَّهُ بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ اللَّهُ عَلَيْهِ
 
Last edited:
1762311634957.png


1762311646140.png



Hadits Muslim no. 4296
Status: Sohih - Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada ‘Aisyah (radhiyallahu ‘anha),

“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam tidak pernah memukul sesuatu pun
dengan tangannya.

Tidak (pada) wanita.
Dan tidak juga (pada) hamba,

Kecuali apabila baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) berjihad (perang) di jalan Allah.

Dan tidak pernah baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) membalas dendam
kerana dirinya sendiri
apabila baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) disakiti.

Melainkan apabila sesuatu daripada larangan Allah dilanggar.
Maka baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) akan membalas
kerana Allah ‘azza wa Jalla.”

Nota penting:
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi malas beramal tanpa alasan yang benar.

Teks Arab:

حَدَّثَنَاه أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا قَطُّ بِيَدِهِ وَلَا امْرَأَةً وَلَا خَادِمًا إِلَّا أَنْ يُجَاهِدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا نِيلَ مِنْهُ شَيْءٌ قَطُّ فَيَنْتَقِمَ مِنْ صَاحِبِهِ إِلَّا أَنْ يُنْتَهَكَ شَيْءٌ مِنْ مَحَارِمِ اللَّهِ فَيَنْتَقِمَ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَابْنُ نُمَيْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدَةُ وَوَكِيعٌ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ كُلُّهُمْ عَنْ هِشَامٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ يَزِيدُ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Sulaiman bin Daud Al Mahri, diceritakan oleh Ibnu Wahb, diceritakan oleh Abu Shakhr Al Madini, diceritakan oleh Shafwan bin Sulaim, diceritakan oleh beberapa anak para sahabat Rasulullah s.a.w., daripada bapa-bapa mereka,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (orang bukan muslim)
atau mengurangkan haknya,
atau membebankannya di luar kemampuannya,
atau mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya,

maka aku menjadi penentang
sesiapa yang berbuat demikian itu
pada Hari Kiamat."


(Hadith Abu Daud no. 2654)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Waki', diceritakan oleh Zakariya bin Ishaq Al Makki, daripada Yahya bin Abdullah bin Shaifi, daripada Abu Ma'bad,
daripada Ibnu Abbas,


"Rasulullah s.a.w. mengutus Mu'adz ke Yaman.

Kemudian Rasulullah s.a.w. mengatakan,
"Sesungguhnya engkau akan bertemu dengan suatu kaum daripada ahli kitab.

Maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa
tiada tuhan kecuali Allah
dan aku adalah Rasulullah.

Kemudian apabila mereka mentaatimu untuk itu,
maka beritahu kepada mereka bahawa
Allah telah mewajibkan atas mereka
melakukan solat lima (5) waktu dalam sehari semalam.

Kemudian apabila mereka mentaatimu untuk itu,
maka beritahu kepada mereka bahawa
Allah telah mewajibkan atas mereka
sedekah pada harta mereka
yang diambil daripada orang-orang kaya mereka
dan dikembalikan kepada orang-orang miskin mereka.

Kemudian apabila mereka mentaatimu untuk itu,
maka jauhilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang berharga.

Dan takutlah terhadap doa orang yang dizalimi.
Sesungguhnya tiada penghalang antara doa tersebut dengan Allah."

(Hadith Abu Daud no. 1351)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
maafkanlah semua orang.
 
maafkanlah semua orang.

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, saudaraku.

Allah beri hak kepada yang dizalimi.
Untuk tidak memaafkan penzalim.
& hak untuk memaafkan penzalim (itu lebih baik).
Allah akan ampunkan dosa2 penzalim
setelah dia sudah dimaafkan
oleh yang dizalimi.

Fikirlah dalam2
sebelum ngan sengaja,
na buat onar ngan manusia lain.
Wallahu a'lam.
 
Back
Top
Log in Register