BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Doa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Diberikan Hidayah, Taqwa, Afaf dan Kecukupan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." (HR Muslim No: 2721) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan ghina (tidak meminta-minta).

2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

4. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

5. Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”

6. Marilah sempena kehadiran tahun baru 2024 ini, kita perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)

Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

a. Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.

b. Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

c. Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d. Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Moga tahun 2024 dan seterusnya, Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

02hb Januari 2024
20hb Jamadil Akhir 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Elak Mudarat

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ تَضُرَّكَ

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”, nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” (HR Muslim No: 2709) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia menghubungkan di antara seorang hamba dengan Pencipta (Allah SWT).

2. Rasulullah SAW mengajarkan doa agar dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan. Antara doanya:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”

3. Dalam hadis lain, yang diriwayatkan daripada Suhail bin Abu Soleh, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ : أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ، لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ

Barangsiapa yang mengucapkan pada waktu petang tiga kali:
“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”, tidak akan terkena sengatan binatang berbisa pada malam itu.” (HR Tirmizi No: 3604)

Suhail (perawi hadis ini) berkata: “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya pada setiap malam, hingga tiba suatu hari seorang anak perempuan kami disengat oleh seekor binatang, namun dia tidak merasa sakit sedikit pun.” (Lihat Sunan al-Tirmizi, 5/475)

4. Barangsiapa membaca doa ini ketika waktu petang atau malam, nescaya tidak ada yang boleh memudaratkannya sehingga esok pagi.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

05hb Januari 2024
23hb Jamadil Akhir 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mustajab Di Malam Hari

عن معاذ بن جبل عن النبي صلى الله عليه وسلم قال مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَبِيْتُ عَلَى ذِكْرٍ طَاهِرًا فَيَتَعَارُّ مِنَ اللَّيْلِ فَيَسْأَلُ اللهَ خَيْرًا مِنَ الدُّنْياَ وَاْلآخِرَةِ إِلاَّ أَعْطَاهُ إِياَّهُ.

Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Tidaklah seorang muslim bermalam dalam keadaan berzikir kepada Allah dan dalam keadaan suci, lalu ia bangun pada waktu malam dan berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkan permintaannya.” (Sunan Abi Daud No: 5042) Status Hadis Sahih (dalam kitab Shahiih at-Targhiib wat Tarhiib (I/317)

Pengajaran:

1. Setiap Muslim perlu sentiasa berzikir kepada Allah termasuk ketika hendak tidur di samping suci dan berwuduk

2. Muslim yang tidur dalam keadaan berzikir kepada Allah dan suci dengan berwuduk, jika ia bangun dari tidur dan berdoa memohon kebaikan dunia serta akhirat nescaya akan dimakbulkan Allah.

3. Bangun dimalam hari ialah terbangun tanpa sengaja pada malam hari dan berdoa (dalam An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190).

Orang yang tidur dalam keadaan suci dan berzikir lalu ia bangun dan memohon kebaikan dunia dan akhirat, maka Allah SWT akan mengabulkan permohonannya tersebut. Rebutlah peluang doa mustajab di malam hari.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Januari 2024
08hb Rejab 1445H
 
IMG_20240126_001534_894.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Yakinlah Allah akan makbulkan doa kita

Dari Anas RA katanya Rasulullah SAW: bersabda: "Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu sungguh-sungguh yakin dalam doa (bahawa Allah Ta'ala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu mendoa dengan kalimat: "Allah, jika Engkau mulia berilah aku!" Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala tidak dipaksa memenuhi suatu doa."

HR Muslim
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan

عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الكلمات إذا أصبح وَإذا أَمْسَى: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” (HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa memohon kepada Allah kerana ia adalah sebahagian daripada ibadah.

2. Antara doa seorang Muslim adalah memohon keampunan iaitu pelepasan daripada melakukan dosa dan memohon afiyah iaitu keselamatan..

3. Syarah Sunan Ibn Majah menjelaskan: memohon ‘afiyah adalah memohon keselamatan daripada sebarang kerosakan dan juga kesusahan. Menutup aib bermaksud menutup apa-apa yang memalukannya dan tidak disukai apabila ia dilihat oleh orang lain. Adapun, berilah ketenteraman di dalam hatiku bermaksud ketenangan hati daripada perasan takut, berbangga dan sebagainya. [Lihat: Syarah Sunan Ibn Majah, 1/276]

4. Menurut Imam al-Nawawi: makna ‘afiyah di dalam doa di atas, adalah satu lafaz umum yang mana terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin serta agama sama ada di dunia dan juga di akhirat. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]

5. Syeikh al-Munawi menjelaskan: ‘afiyah bermaksud keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]

6. Doa ini memohon keselamatan dan kesejahteraan pada agama daripada segala bentuk fitnah, pada tubuh badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah. Hal ini termasuklah perlindungan daripada pelbagai wabak penyakit.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Marilah kita amalkan doa ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesejahteraan yang berpanjangan serta menjauhkan kita daripada segala perkara yang tidak baik sama ada di dunia mahupun di akhirat.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Februari 2024
20hb Rejab 1445H
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 4865

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Abu Malik, daripada bapanya,

“Dia mendengar Rasulullah s.a.w.
ketika beliau (Rasulullah s.a.w.) didatangi oleh seorang lelaki.

Dan kemudian lelaki tersebut bertanya,
"Ya Rasulullah.
Apa yang sebaiknya aku ucapkan
ketika aku memohon kepada Allah Yang Maha Mulia
dan Maha Agung?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Ketika kau memohon kepada Allah,
maka ucapkanlah doa sebagai berikut,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي

(Ya Allah.
Ampunilah aku.
Kasihanilah aku.
Selamatkanlah aku.
Dan berikanlah rezeki kepadaku!)

(Ketika itu beliau (Rasulullah s.a.w.) menggenggam jari-jari beliau
kecuali ibu jari),
kerana sesungguhnya doa-doa tersebut
merangkumi dunia dan akhiratmu.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 4865

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Abu Malik, daripada bapanya,

“Dia mendengar Rasulullah s.a.w.
ketika beliau (Rasulullah s.a.w.) didatangi oleh seorang lelaki.

Dan kemudian lelaki tersebut bertanya,
"Ya Rasulullah.
Apa yang sebaiknya aku ucapkan
ketika aku memohon kepada Allah Yang Maha Mulia
dan Maha Agung?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Ketika kau memohon kepada Allah,
maka ucapkanlah doa sebagai berikut,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي

(Ya Allah.
Ampunilah aku.
Kasihanilah aku.
Selamatkanlah aku.
Dan berikanlah rezeki kepadaku!)

(Ketika itu beliau (Rasulullah s.a.w.) menggenggam jari-jari beliau
kecuali ibu jari),
kerana sesungguhnya doa-doa tersebut
merangkumi dunia dan akhiratmu.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

02_Hadith_Muslim_4865_Sanad_240324.png
 
1767897261229.png


1767897284735.png


Hadits Tirmidzi no. 2495
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Anas ibn Malik (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

"Barang siapa meminta syurga kepada Allah
sebanyak tiga (3) kali,
Syurga berkata,
"Ya Allah.
Masukkanlah dia ke dalam syurga."

Dan barang siapa meminta perlindungan daripada neraka
sebanyak tiga (3) kali,
Neraka berkata,
"Ya Allah.
Lindungilah dia daripada neraka."

(Sanad jalur 2 ada 2 jenis, hadits marfu`
dan hadits mawquf (tidak disandarkan kepada Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam).

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَتْ الْجَنَّةُ اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنْ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَتْ النَّارُ اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنْ النَّارِ
قَالَ هَكَذَا رَوَى يُونُسُ بْنُ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ مَوْقُوفًا أَيْضًا
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register