BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Quran bersulam

eflynazwa

Fun Poster
Messages
359
Joined
Mar 7, 2006
Messages
359
Reaction score
11
Points
15
pic28297.jpg

Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan,

ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya
meningkat dari generasi ke generasi.

Pada zaman Nabi Muhammad, sebahagian daripada wahyu ditulis pada
tulang, kulit binatang dan daun-daun kurma dan dakwatnya diperbuat
dari bahan yang dibakar.

Terdapat al-Quran yang ditulis pada kepingan kulit kambing dan unta
berusia bertahun-tahun, selepas kewafatan matian Nabi Muhammad, s.a.w
tetapi salinan Quran yang lebih bermutu dihasilkan selepas mesin cetak
dicipta.

Ayat-ayat al-Quran yang disulam membentuk satu teks al-Quran yang
dipamerkan di Badshahi menjadi daya tarikan pengunjung. (foto Bernama)

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui, ada senaskah al-Quran, dipercayai
satu-satu seumpamanya yang wujud di dunia, yang ayat-ayatnya dihasilkan
dengan sulaman benang.

Quran ini dibahagikan kepada 30 bahagian, keseluruhannya disimpan rapi
dalam laci gelas di dewan pameran dalam Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan .

Pegawai protokol masjid itu, Muhammad Yousuf, berkata Quran itu ditemui
selepas kematian pembuatnya, Attar Mohamed, seorang rakyat biasa, tiga
hari selepas ia menyelesaikan kerja-kerja sulaman.

Berasal dari Lahore, Attar berusia 40 tahun, mengambil masa 10 tahun
menyulam Quran itu mulai 1966, kata beliau.

Attar melakukan sulaman itu demi mendapatkan ketenangan jiwa.

Hari ini, ramai mengunjungi masjid itu untuk melihat Quran yang disulam
indah itu. BERNAMA
 
terpegun aku dengan kesungguhan utk islam..
 
Back
Top
Log in Register