BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aku nak kahwin!!!

aku bujang lg... n aku rancang tahun depan ke.. tp tu la.. calon pn xada lg.. duit sikit lg nk cukup... huhu
 
berapa ramai kawin kumpul duit??

klo bkn sebab personal loan mmg xkawinla
 
Untuk renungan bersama...
Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank 10 Tahun #SBM2.0
by SUZARDI MAULAN on FEBRUARY 16, 2013 · 30 COMMENTS


Kita mempunyai pilihan.

1) Terus buat majlis perkahwinan seperti hari ini.

2) Membentuk budaya baru majlis perkahwinan yang lebih ‘mampu-buat’.

Sekiranya poket kita “dalam”, tiada masalah untuk buat cara kenduri kahwin yang kita suka. Apa yang mengundang kebocoran wang yang banyak di kemudian hari adalah apabila kita membuat kenduri kahwin di luar kemampuan sehingga terpaksa bergolok gadai & berhutang keliling pinggang.

Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank Selama 10 tahun

Apabila kos perkahwinan hari ini mencecah RM 50,000 maka majoriti bakal pengantin terpaksa berhutang dengan bank*sehingga 10-15 tahun.

Dengan kadar pembiayaan peribadi sekitar 5% setahun, setiap hutang RM 50,000 menyebabkan kita kehilangan aliran tunai sebanyak RM 600 sebulan selama 120 bulan. Seterusnya membayar balik kepada bank sehingga RM 72,000.

Benar, berkahwin & membuat kenduri perkahwinan itu satu sunnah namun Nabi saw tidaklah mengajar kita untuk membuat sesuatu di luar kemampuan sehingga membebankan kita. Baginda saw menyarankan agar kenduri kahwin ini dibuat walaupun hanya sekadar seekor kambing. Nak tunjuk, kenduri itu sunnah dan buat kecil-kecil pun tidak mengapa.

Dalam masyarakat kita, kenduri seekor kambing mampu menjamu dari 60-100 orang.

Jom Ubah Budaya Kahwin di Malaysia

Apabila anak-anak muda yang mahu berkahwin dapat mengelakkan dari membuat pembiayaan peribadi sebesar RM 50,000 mereka bakal mempunyai aliran tunai sehingga RM 600 sebulan. Jika mereka mampu bayar kepada bank RM 600 sebulan, sebenarnya mereka juga mampu menyimpan sebanyak itu setiap bulan.

Justeru, dengan aliran tunai sebanyak itu bakal pengantin mempunyai 2 pilihan mudah.

#1 Menyimpan RM 600 sebulan selama 7 tahun
Hasilnya dianggarkan seperti berikut

Tabung Haji (5%): RM 61,553.58
ASB (8%): RM 69,383.72

#2 Memulakan pelaburan hartanah setiap sendiri
Suami beli satu. Isteri beli satu. (Sila pastikan pembelian dibuat setelah mempelajari ilmu pelaburan hartanah dahulu ya)

Selepas 7 tahun berkahwin, rumah tersebut dapat terus disewakan atau dijual dengan keuntungan. Seterusnya mereka dapat bergabung membeli rumah yang lebih besar dan yang lebih sesuai untuk membentuk ‘Rumahku Syurgaku’.

Anak Muda Mesti Kumpul Aset

Kumpul aset secepat mungkin.

Bukan hutang kereta.
Bukan hutang rumah (untuk diduduki)
Bukan hutang peribadi (untuk berkahwin)

Barulah duit kita bekerja keras untuk kita dan bukannya kita bekerja keras untuk bank.

Dalam situasi hari ini, penyakit kewangan anak-anak muda di Malaysia bermula sejak mereka mula bercinta lagi.

Terima kasih kepada semua yang hadir pada Seminar Baitul Muslim 2.0 pada 16 Februari 2013 di Putrajaya International Convention Center (PICC). Sila klik link di bawah untuk mendapatkan spreadsheet strategi perbelanjaan perkahwinan seperti dalam sesi Fulu$ oh Fulu$.

>> Klik dan save as untuk muat turun.

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belum Baca eBook Panduan CashFlow

eBook Panduan CashFlow dapat membantu kita menyelesaikan hutang dengan cepat & menambah duit setiap bulan secara step-by-step dengan mudah. Sila baca bab-bab percuma menerusi borang berikut:

I take your privacy very seriously
Coaching Saham: Sesi personal, private, one-on-one bersama Pakdi untuk belajar buat untung melabur saham. Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

*4093*202*529*4912*


Tips / Artikel Lain Yang Menarik:

Berhutang Nak Kahwin, Apa Penyelesaiannya?
Bagaimana Kita Terjebak Dengan Hutang Lapuk?
Panduan Asas Urus Duit Nak Kahwin
Apa Itu Bank?
Belanja Kad Kredit RM 702 Sebulan

{ 30 comments… read them below or add one **
Wan_PMD February 16, 2013 at 10:25 pm
Nice artikel Pakdi..

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:15 pm
Tuan dah melaluinya?

REPLY
Wan_PMD February 23, 2013 at 7:58 am
baru nak cari calon..hoho..

REPLY
omar February 18, 2013 at 10:24 am
Bila jodoh dah dekat, sebolehnya anak muda seperti kami memang nak buat majlis seringkas yang boleh ikut kemampuan. Tapi apakan daya nak jaga hati mak ayah, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai.. kami terpaksa jgk berhutang (T_T). saving & aset pun tak seberapa. niat dalam hati nak tunaikan kewajipan.lepas kawin baru start saving balik untuk buat full settlement. InsyaAllah. =)

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:16 pm
Jangan jaga hati semua orang. Kita memang tak mungkin dapat puaskan hati semua orang.

REPLY
Aman February 18, 2013 at 10:36 am
Saya tak buat kenduri kahwin sebelah lelaki…
Isteri kempunan nak bergambar tukar-tukar baju kimono, cheongsam dan lain-lain.

Itu cerita 11 tahun dulu.

Sekarang umur dah 36 tahun, anak dah tiga, besar 8 tahun, kecik 1 tahun setengah

Insya Allah, pondok buruk kami akan habis bayar bulan enam tahun nie.
Insya Allah, lagi 2 tahun 10 bulan 10 hari dah boleh berhenti kerja sepenuh masa.
Monitor anak-anak dekat lebih dekat, jaga emak-emak yang semakin tua dan buat tuisyen free kat kampung. (angan-angan nie… hehehe….)
Cadangnya nak buat haji + pergi melancong jauh skit sebelum berhenti kerja penuh nanti.

Sekarang masih makan gaji dan pergi keja naik moto macam 15 tahun dulu.

p/s :anak-anak saya masih makan kfc atau mc donald dalam dua minggu sekali. Pada saya, saving bukan bermaksud ikat perut sampai tak beli susu anak. Saving bermaksud belanja pada yg patut.

Income > expenses + doa banyak-banyak.

Sorry, termembebel plak… macam ler org nak tahu sangat…. hehe…

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:16 pm
Alhamdulillah… Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

REPLY
Muhammad February 22, 2013 at 11:15 am
betul saya setuju dengan anda. saya pun praktikkan macam tu. saving bukan maksud ikat perut, tapi kalau sampai ikat perut untuk bayar loan bank selama 20 tahun. fikir-fikir lah sendiri.

REPLY
LiasM February 18, 2013 at 1:31 pm
Masih lagi menunggu 3 tahun lagi untuk langsai.. Terkono betul kat den..

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:18 pm
Semoga dapat menyelesaikannya dengan baik.

REPLY
2bz4money February 18, 2013 at 3:58 pm
Adat dan budaya yg menyerong dari kehendak agama perlulah disekat dari diwarisi generasi. Manakala makna kekayaan perlu didefinasikan kembalikan agar perspektif materialistik bukannya satu ketetapan. Matlamat kejayaan dan kekayaan perlu dipusatkan untuk duniawi dan ukhrawi. Fahaman yg negatif ni boleh menghancurkan ummah.

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:18 pm
Jom ubah adat yang disebutkan tuan itu bersama-sama.

REPLY
omar February 20, 2013 at 2:34 pm
apa kata kalau mak ayah bakal pengantin pun ikut sama datang kursus..

REPLY
Datuk NikahKahwin February 18, 2013 at 3:59 pm
Artikel yg. memotivasikan anak muda supaya cepat sedar dari bebanan hutang. Antara yang paling menarik adalah”

“Apabila anak-anak muda yang mahu berkahwin dapat mengelakkan dari membuat pembiayaan peribadi sebesar RM 50,000 mereka bakal mempunyai aliran tunai sehingga RM 600 sebulan. Jika mereka mampu bayar kepada bank RM 600 sebulan, sebenarnya mereka juga mampu menyimpan sebanyak itu setiap bulan”.

Tidak terfikir sebelum ini yang kita sebenarnya mampu untuk menyimpan RM600 sebulan, tapi mengapa memilih cara berhutang dengan bank yer…

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:18 pm
Kenapa ya?

REPLY
Juan March 4, 2013 at 12:14 pm
Mungkin kerana hidup mereka berlandaskan “nanti apa orang akan kata?”.

Pada saya, buat majlis atau tidak, orang tetap akan kata. Buat secara besar-besaran atau sederhana, orang tetap akan kata.

REPLY
Datuk NikahKahwin March 18, 2013 at 11:16 am
Bagi yang telah berhutang dan membayar RM600 sebulan di bank, adakah mereka ini dikira dah terlambat, Pakdi tolong respon.

REPLY
Myvitrd February 18, 2013 at 4:15 pm
terima kasih atas artikal yang berguna ini..malangnya saya dah kawin baru baca artikal ini.. .. tapi takpe boleh jadikan panduan untuk adik2 yang akan berumahtangga nanti..

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:19 pm
Boleh bantu panjangkan kepada yang masih bujang…

REPLY
kak ina kl February 18, 2013 at 4:42 pm
tu sbb akak tak bagi anak buat loan bila nak kawin.
duk umah mak..simpan duit setiap bulan..tak yah beli apa yang tak perlu
insyallah cepatlah duit tu byk dlm bank

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:19 pm
Akak nak sponsor anak akak kahwin tak nanti? hehe

REPLY
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi February 19, 2013 at 1:36 pm
Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas perkongsian ketika di SBM 2.0 . Saya ada ketika pakdi member pekongsian tersebut. Very inspiring. Modal kurang dalam RM10,000 dan boleh kahwin. Pakdi, saya nak tanya jika saya nak jemput pakdi bagi talk berkaitan dengan kewangan kepada mahasiswa Universiti Malaya boleh tak? Bagaimana caranya ya?

Terima kasih

REPLY

Suzardi Maulan February 19, 2013 at 2:14 pm
Waalaikumussalam,

Semoga mendapat manfaat yang banyak.

Boleh emel ke advisor[at]rancangwang.com untuk tujuan tersebut.

REPLY
nur March 6, 2013 at 7:37 pm
salam…mr. bashier nak buat under ape…sy sgt trgin nak join kali…

REPLY
anon February 24, 2013 at 7:21 pm
Apa (tooot) kahwin 50k ni (tooot)!

REPLY

Izzat Eshak March 4, 2013 at 9:57 am
Nukilan Pakdi sentiasa membuka ‘mata’ para pembaca.
Teruskan berkarya. Semoga dimurahkan rezeki. =)

REPLY

Hasbul Aqill March 4, 2013 at 10:48 am
Terima kasih pakdi atas perkongsian ini. Sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya betapa mudahnya perkahwinan jika kita tahu sejauh mana dalam poket kita. Heh!

REPLY

UMARvellous March 8, 2013 at 10:32 pm
poket tuan sangat jauh dalamnya..

REPLY
Nur Fadhli March 5, 2013 at 7:35 pm
Setuju, tidak perlu berhutang untuk berkahwin. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, saya membelanjakan lebih kurang RM 30k untuk urusan pertunangan & perkahwinan saya selepas 2 tahun bekerja, tanpa hutang. Sabda Nabi, 3 perkara yang menyenangkan hati manusia, pasangan yang baik, rumah yang luas dan kenderaan yang baik. Nabi suruh kahwin dulu baru beli rumah dan kereta yang terakhir.

REPLY

sue March 16, 2013 at 4:34 pm
Tak buat loan utk kawen tp saving abes byk utk kawen. Kalau tak, bleh beli rumah lagi. Rugi333..
 
den bujang g.. xda target nk kawen..hehehe

xda org nk dtg minang kot~ hahahahahhaa
 
aku kawen 2008...total kos R15000...cover semua..duit hantaran, barang hantaran,kos kenduri side aku,kos travel g umah pompuan...
abis kenduri....ada Rm150 jerk...duit pemberian tetamu pas tolak tolak kos sampingan...

hu..hu..tu pun Rm15K last minit ada dlm tangan..tp klu niat betul...InsyaAllah..
 
Back
Top
Log in Register