BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Tolak Kemasukan Tujuh Warga Asing Di Bukit Kayu Hitam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
7f5c5eede620487ebd5bcc5cb798d74069c361cfde310

befcda90f7a97a05b849f3f2f5ba882d69c362061bf82

Kredit: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam

Tujuh warga asing ditolak kemasukan ke negara ini selepas gagal mematuhi syarat ditetapkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, semalam.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin Md Nasir berkata seorang wanita Kemboja berusia 30-an ditolak kemasukan pada 11.30 pagi selepas didapati memberikan maklumat perjalanan meragukan serta tidak konsisten.

Beliau berkata sekitar 11 malam pula, tindakan sama diambil terhadap enam lelaki dari India berusia 40-an selepas gagal mengemukakan tujuan perjalanan yang sahih kepada pegawai Imigresen bertugas.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati mereka memiliki tiket penerbangan yang tidak sah selain cuba mengelirukan pegawai bertugas dengan mendakwa saling tidak mengenali antara satu sama lain.

"Bagaimanapun siasatan mendapati kesemua individu terbabit mempunyai tiket penerbangan dengan tarikh dan masa yang sama," katanya di sini hari ini.

Mohd Nasarudin berkata kesemua mereka dikeluarkan Notis Penolakan Masuk selaras dengan undang-undang Imigresen sebelum tindakan lanjut diambil mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang gagal mematuhi syarat kemasukan ke negara ini bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register