BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akhbar asing bebas dijual tanpa permit

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
3asingx.transformed.jpg

WARGA asing membaca akhbar keluaran negara mereka yang boleh didapati di pasaran tempatan untuk pekerja asing di sekitar Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Penjualan akhbar asing tanpa permit secara terbuka di kawasan yang didominasi pendatang asing, khususnya di ibu negara, semakin membimbangkan.

Tanpa berselindung, akhbar asing itu dijual secara terbuka di atas kaunter di premis perniagaan dimonopoli warga asing.

Penerbitan dan pengedarannya dibimbangi boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara kerana akhbar yang diterbitkan dalam bahasa asing itu, tidak dikawal dan dipantau kandungannya.

Ia juga dikatakan membuka ruang kepada penularan elemen subversif dan propaganda kelompok tertentu serta kandungannya tidak ditapis, selain mengandungi bahan lucah dan tidak sesuai dengan norma masyarakat di negara ini.


3akhbar2.transformed.jpg

AKHBAR asing ini dengan jelas mengaitkan kes pembunuhan kejam warga Myanmar di Pulau Pinang baru-baru ini dengan masalah perkauman di Rakhine, barat Myanmar. - Foto Asyraf Hamzah


Ada juga akhbar memaparkan gambar bogel selebriti wanita, selain ada akhbar atau penerbitan asing ini mengiklankan jenama arak yang menyalahi peraturan di negara ini.

Lebih membimbangkan, ada akhbar asing yang dijual pada harga RM3.50 senaskhah disertakan dengan video cakera padat (VCD) yang mengandungi bahan penyiaran dari negara asal mereka.


http://www.bharian.com.my/node/26797?f5S
 
koran sindo paper...java news paper...ape2 ntah paper...memang melambak kat negara kita ni kehkehkeh
 
Menteri ko kat mana.ko kat mane.ko kat mane.
 
betol ke ada gmbr bogel
 
nk buat mcm mn dari zaman dulu malaysia dijajah bangsa asing dan skg pon tanpa sedar negara kita tetap dijajah cuma dgn cara berbeza(pati),,malaysia masih aman :)
 
eleh... nak heran apa.

Pendatang pun boleh masuk sini.
 
Back
Top
Log in Register