BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal dirempuh lori

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201
Ajal dirempuh lori
FB_IMG_1654935110550.jpg

Melaka: Seorang kontraktor terbvnuh selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah lori di Jalan Persisir Pantai Klebang-Limbongan, di sini, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran @ Mohamad Zaki Omar berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 petang membabitkan kereta Proton Wira dengan lori Hino.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori itu dari arah Bulatan Klebang menghala ke lampu isyarat Encore, manakala kereta dipandu Haliman Tukimon, 53, dari arah Jalan Limbongan Lama menuju Jalan Persisir Pantai.

"Ketika tiba di lampu isyarat, lori bergerak lurus dan tiba-tiba kereta mangsa keluar dari persimpangan hingga berlaku perlanggaran di sisi kanan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk dalam keretanya yang remuk.

"Mangsa disahkan m4ut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 57 tahun tidak cedera.

"M4yatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan bedah siasat dilakukan esok selepas ujian Covid-19," katanya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Video/gambar Media sosial
#harianmetro
 
Back
Top
Log in Register