BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aiskrim buatan Muslim

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.png

Ruslina bersama produk aiskrim ParaBella semasa Halfest 2014 di Seri Kembangan baru-baru ini.


MENYEDARI kurangnya syarikat Muslim yang menjual aiskrim di pasaran tempatan, Ruslina Mohd Lazim, mengambil langkah memperkenalkan ais krim jenama ParaBella.

Berdiri di bawah syarikat Bumimasa Sdn Bhd aiskrim ParaBella kini sudah dua tahun berada dalam pasaran tempatan sejak Februari 2012.Ruslina juga merupakan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Bumimasa berkata, ParaBella di sasarkan kepada golongan Muslim dalam menyediakan ais krim yang di jamin halal.“Di awal perniagaan kami melaburkan sebanyak RM500,000 bagi menyediakan dua jenis variasi ais krim iaitu ais krim premium dan biasa termasuk dengan mesin memproses ais krim.

“Buat masa ini aiskrim ParaBella boleh didapati di rangkaian kedai runcit Melayu Muslim Az-Zain seluruh negara dan kedai runcit Islam lain di sekitar Lembah Klang,” katanya ketika ditemui semasa Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2014 di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ditanya mengenai permintaan orang ramai, Ruslina berkata, buat masa ini permintaan pelanggan meningkat dari semasa ke semasa terutamanya dari Kuala Lumpur dan Selangor.

“Tetapi kami tidak mampu memenuhi permintaan tersebut memandangkan pengeluaran dan logistik kami agak terhad buat masa ini.

“Oleh itu kami turut menyediakan pakej runcit kepada peniaga untuk meletakkan peti sejuk aiskrim ParaBella di kedai mereka,” katanya.Ruslina turut menambah permintaan aiskrim ParaBella di lihat meningkat sedikit rentetan isu boikot oleh pengguna Muslim kebelakangan ini.

“Mungkin pengguna sekarang semakin sedar bahawa masih ada produk buatan Muslim di luar yang terjamin halal dan selamat untuk dimakan serta membantu sesama Muslim,” katanya.

Bagi aiskrim premium ParaBella boleh didapati melalui enam perasa seperti vanila, coklat dan lain-lain pada harga RM2 setiap sudu menggunakan kon, manakala bagi aiskrim biasa pada harga bermula RM1 hingga RM2.50.

Bumimasa juga sedang melakukan kajian dan penyelidikan (R&D) dalam menyediakan aiskrim berperisa durian bagi pasaran eksport.
 
yang ni kita sokong... tapi jgn la mahal cam baskin robin lak ye cik kak.
 
Aku dah makan. Harga dia ok je. Affordable. Sekarang ni dah boleh nampak kat byk tempat.
 
dulu, aku nyer ex lecture benti jadi lecture, trus wat niaga aiskrim sepenuh masa. jenama sendiri. Nurul's xsilap aku. beroperasi di Melaka masa lu. skang rasanye menjadi kot. dah bukak kilang sendiri.
 
sronok dgr crita kalu bisnes melayu menjadi ni
 
Alhamdulillah... semoga maju jaya dan dapat bersaing dengan jenama lain....
 
ade satu kisah penjual yang menjual aiskrim. yang mane penjual cina offer aiskrim mereka. tp penjual nk jugak jual parabella xnk amek jenama bukan islam. akhirnya dh penat dtg kedai, cina beli satu parabella ni. mungkin nak tau sedap ke x. boleh jadi copy paste. mase tu parabella dalam bentuk tupperware

harap semua pihak peka dan amek iktibar dari jenama2 produk melayu seperti kopi radix yang kluar tiruan..
 
ade satu kisah penjual yang menjual aiskrim. yang mane penjual cina offer aiskrim mereka. tp penjual nk jugak jual parabella xnk amek jenama bukan islam. akhirnya dh penat dtg kedai, cina beli satu parabella ni. mungkin nak tau sedap ke x. boleh jadi copy paste. mase tu parabella dalam bentuk tupperware

harap semua pihak peka dan amek iktibar dari jenama2 produk melayu seperti kopi radix yang kluar tiruan..

Tu la pentingnya pg patenkan produk kita, jd kalau ada apa2, kita boleh saman org tu.

Aku tgk usahawan melayu ni mcm tak pernah kisah psl hal paten ni
 
Back
Top
Log in Register