kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
HULU LANGAT: ‘Dikelilingi air, tapi tiada bekalan mencukupi’. Itu yang dirungutkan penduduk Kampung Sungai Tekali di sini, apabila kampung mereka yang berusia hampir 50 tahun masih dibelenggu masalah air.
Meskipun jarang didengar masih ada kampung di abad ke-21 bergantung kepada bekalan air dihantar Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) secara berkala, namun hakikat itu yang dihadapi lebih 1,000 penduduk kampung terancang berkenaan.
Bekas tentera, Abrahim Doramin, 50, mendakwa masalah bekalan air tidak mencukupi semakin buruk beberapa tahun lalu. Malah, keluarganya pernah ditimpa malang apabila air tiada ketika mengadakan kenduri.
“Tuhan saja tahu masa itu betapa susahnya kami sekeluarga mengangkut air kerana bekalan yang ada tidak cukup... buka saja paip bukan air yang keluar, tapi angin. Memang susah betul, tapi sekarang macam dah lali.
“Sebabnya Syabas akan menghantar bekalan setiap hari dengan lori tangki dan kami mengangkut baldi ke tong air Syabas untuk mencukupkan bekalan di rumah,” katanya.
Menurutnya, masalah air mula berlaku sejak pembangunan pesat di bandar berdekatan mengakibatkan bekalan air dari sungai berhampiran dikongsi bersama kilang dan perumahan, sekali gus mengurangkan sumber untuk penduduk.
Bagi Mohd Nor Abd Mutalib, 45, pula sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mencemarkan sungai di kampung mereka menyukarkan lagi penduduk mendapatkan sumber air tambahan untuk makan, minum dan membasuh.
“Baru-baru ini ada yang melonggokkan beberapa kilogram ikan mati ke dalam Sungai Tekali menyebabkan airnya semakin kotor, sekali gus penduduk tidak boleh bergantung kepadanya untuk mendapatkan bekalan.
“Saya kecewa sangat sebab kampung ini nampak macam sudah maju, tapi keperluan asas sebegini masih di takuk lama,” katanya yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera termasuk menambah baik kemudahan saluran paip air mereka.
Menurut Zulkifli Zulob, 54, perkhidmatan paip menyalurkan air yang diguna pakai penduduk kampung ketika ini tidak pernah ditambah baik atau ditukar sejak kerajaan mula-mula mengenakannya pada 1972.
Zulkifli berkata, ketika kawasan sekeliling menerima kemudahan yang ditambah baik, kampung mereka masih menerima sistem paip di takuk lama dengan tiada sebarang usaha untuk menukarnya selain bergantung pada lori air setiap hari.
mymetro online news.