BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air Sungai Perak bertukar jadi biru

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201

14089430394618421-335578.jpg


Air Sungai Perak bertukar jadi biru


IPOH – Jabatan Alam Sekitar Perak akan mengambil sampel air Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik bagi mengenal pasti punca air sungai bertukar kebiruan disyaki akibat pencemaran.

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, pegawai penyiasat dihantar ke lokasi sebaik menerima maklumat, namun sampel air sungai tidak dapat diambil ekoran hujan lebat

“Sampel air sungai itu akan diambil sekiranya cuaca kembali baik. Ketika ini keadaan di lokasi masih hujan lebat dan berisiko tinggi kepada pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai perubahan warna air di hulu Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik yang didapati bertukar menjadi biru seperti air laut. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
kat tasik kenyir pun biru dan hijau airnya.
 
Back
Top
Log in Register