BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Air Selangor Rugi Jutaan Ringgit Setahun, Resort Mewah Di Sekinchan Kantoi Curi Air

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,544
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,544
Reaction score
4,820
Points
266

Air Selangor Rugi Jutaan Ringgit Setahun, Resort Mewah Di Sekinchan Kantoi Curi Air​

Agak-agak resort mana lah tu ya?

Sebuah resort cantik berlatar belakangkan sawah padi di Sekinchan yang menjadi lokasi 'OOTD' kegemaran ramai rupa-rupanya menyimpan satu rahsia besar​

3331539.webp
Image via Sinar Harian
Di sebalik pemandangan hijau yang menenangkan, pihak berkuasa menemui sambungan paip air haram yang membolehkan resort tersebut menikmati bil air serendah RM36 sebulan untuk premis yang ada 40 bilik, dewan, dan kafe.

Premis itu bukan satu-satunya. Dua lagi lokasi iaitu kolam memancing di Shah Alam dan depoh logistik di Klang turut kantoi menyedut air tanpa melalui meter sah.

Menurut laporan Sinar Harian, Air Selangor berkata, kegiatan tersebut menyebabkan operator air negeri rugi jutaan ringgit setahun.

Guna air banyak tapi bil 'harga teh ais'​

3331538.webp
Image via Sinar Harian
Difahamkan, serbuan dilakukan selepas pasukan teknikal mengesan penurunan tekanan air luar biasa dan bacaan meter yang tak masuk akal.

Di resort Sekinchan saja, bacaan air yang sepatutnya cecah sekitar RM3,000 sebulan, tiba-tiba jatuh mendadak sehingga RM36 je.

Selepas disiasat, pasukan SPAN dan Air Selangor menjumpai sambungan paip haram 600 meter dari paip utama, tiga paip masuk ke premis, satu diputuskan sebelum serbuan, serta pam air dipasang secara salah selepas meter untuk tarik tekanan lebih kuat dan rosakkan meter.

Apa yang lebih pelik, resort itu dikatakan sudah lima kali hantar aduan meter rosak, siap dua kali minta tukar meter.

Kolam pancing & depoh logistik pun sama​

Di Shah Alam, kolam pancing popular juga didapati gunakan paip bawah tanah tanpa meter untuk cuci kawasan dan tukar air kolam setiap hari. Manakala di Klang pula, sebuah depoh logistik mencuri air terus dari paip utama untuk cuci lori dan jengkaut.

Susulan itu, pihak berkuasa menghentikan serta-merta semua bekalan dan pemilik diarahkan bayar tunggakan sebenar sebelum sambungan semula dibenarkan.

3331545.webp
Image via Sinar Harian
3331540.webp
Image via Sinar Harian
SPAN menjelaskan kecurian air berskala besar bukan saja merugikan operator, tapi juga mengurangkan tekanan air di kawasan perumahan berhampiran.

Ramai penduduk salah faham dan salahkan Air Selangor, sedangkan punca sebenar ialah ada premis yang 'tapau air' ikut jalan belakang.

Semua bukti kes termasuk paip, sambungan haram dan meter rosak direkodkan dalam sistem SISMAS untuk tindakan undang-undang

Tindakan tegas iaitu denda hingga RM1 juta & penjara 10 Tahun​

Melalui pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006:

  • Denda maksimum: RM1 juta.
  • Penjara: sehingga 10 tahun.
  • Atau kedua-duanya sekali bagi sesiapa yang mencuri air.

Kerajaan kini memperketat pemantauan digital dan sistem amaran tekanan air untuk bendung isu ini dari berulang.
 
Resort mewah curi air, bil pernah RM36 sebulan!​

Resort mewah yang mempunyai lebih 40 bilik dengan kadar bayaran mencecah RM500 semalam ini baru beroperasi setahun lalu di Sekinchan.

Bagaimanapun setiap bulan, bil airnya tidak sepadan dan pernah merekodkan penurunan sehingga RM36, jumlah tidak masuk akal bagi premis bersaiz besar selain sentiasa penuh tempahan terutamanya pada musim cuti.

Sangsi dengan bil bulanan yang tidak masuk akal itu, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui agensinya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Air Selangor, akhirnya membongkar aktiviti mencuri air di resort berkenaan.

Saksikan pendedahan ini melalui dokumentari bertajuk ‘Resort mewah curi air, bil pernah RM36 sebulan!’

owner cina ka 'abam tolak pokok"?? kikikikiki
 
Dulu sebelum guna meter letrik smar meter ni ramai je owner apartment kat penang guna trick adjust meter ni
Rumah 3-4 aircond tapi bil 60 ringgit constant je
Siap ada offer lagi kat aku dulu
Sekarang smart meter katanya susah sikit
Boleh tapi susah hahaha
Siapa hati kering tak tahu halal haram boleh la try
Curi air kalau jat remote area lagi lah possible
Balik pulau tu mungkin ada
 
kasi saman, jauh dalam 600m tu dia korek buat laluan paip.
 
Dulu sebelum guna meter letrik smar meter ni ramai je owner apartment kat penang guna trick adjust meter ni
Rumah 3-4 aircond tapi bil 60 ringgit constant je
Siap ada offer lagi kat aku dulu
Sekarang smart meter katanya susah sikit
Boleh tapi susah hahaha
Siapa hati kering tak tahu halal haram boleh la try
Curi air kalau jat remote area lagi lah possible
Balik pulau tu mungkin ada
Tulah
Kat dunia mungkin lepas. Tp kat sana mmg bercinta la nak menjawab.
 
Back
Top
Log in Register