BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air percuma selama sebulan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Ahmad menerima sumbangan bekalan makanan dan air minuman daripada wakil-wakil Kerajaan Thailand di Masjid Beijing Rantau Panjang.
< 1 / 1 >
RANTAU PANJANG – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menawarkan bekalan air bersih percuma sebanyak 30 meter padu kepada penghuni kediaman di seluruh Kelantan.

Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Datuk Ahmad Yakob berkata, bekalan percuma maksima 30 meter padu air atau 30,000 liter air bersamaan RM19.00 ini melibatkan penggunaan pada bulan Disember lalu ini bagaimana pun tidak melibatkan rumah kedai, perniagaan dan kilang perindustrian.

Sebelum ini katanya, bantuan air percuma hanya diberi kepada mangsa banjir sahaja, namun memikirkan keperitan yang dihadapi rakyat, kemudahan sama akan diberi kepada semua penduduk di Kelantan.

“Bekalan percuma ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri melibatkan seramai 230,000 pemegang akaun AKSB atau 1.15 juta pengguna seluruh Kelantan.

“Dari jumlah itu, hanya 65 peratus kawasan belum menerima kemudahan tersebut kerana berlaku kerosakan paip akibat banjir,” katanya.

Ahmad berkata, 100 peratus kawasan di Pasir Puteh dan Bachok sudah menerima bekalan air bersih.

Selain itu katanya, sebanyak 98 peratus pemegang akaun di Tanah Merah, 90 peratus di Kota Bharu, 78 peratus di Gua Musang, 74 peratus di Jeli, 56 peratus di Tumpat, 19 peratus di Kuala Krai dan 14 peratus di Pasir Mas sudah menerima bekalan.

Katanya, bekalan air belum disalurkan kepada pengguna di Machang namun kerja membaik pulih giat dijalankan dan pihaknya menjangka masalah itu dapat diselesaikan dalam masa 10 hari.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 26 tangki air disalurkan kepada kawasan kritikal terjejas banjir antaranya hospital dan pusat rawatan.

“Bantuan ini merupakan salah satu alternatif AKSB membantu menyelesaikan keperluan air di kawasan terjejas banjir,” katanya.
 
Klu rebet 70% lagi best.. Tapi apa2 pun syukur alhamdulillah
 
30m3 kira bnyk gak le... kira2 150 tong drum... lepas la buat sental lumpur...
 
nk cuci lumpur mmg pakai banyak ayor..
 
apa yg percuma tu. bulan 12 lps seluruh kelantan xde air. skrg pon air kecik aje kluar. sesetgh tempat langsung xde. nk basuh berak pon kena beli air botol kat kedai.


nk buat baik biar la ikhlas.


bekalan percuma maksima 30 meter padu air atau 30,000 liter air bersamaan RM19.00 ini melibatkan penggunaan pada bulan Disember lalu
 
Back
Top
Log in Register