BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air Kolam Tadahan Semabok Perdana Bertukar Hijau Kebiruan, Berbau Busuk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Air Kolam Tadahan Semabok Perdana Bertukar Hijau Kebiruan, Berbau Busuk​

801072731666879991790210a2fdf8ee6a842af3a2545

5ad5d84957e06db1b9eb32030f969fa26a842b0698604

Kredit foto: Shanika Abdullatib

Perubahan warna air Kolam Tadahan Air Semabok Perdana di sini kepada biru kehijauan dan mengeluarkan bau busuk sejak beberapa hari lepas menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlaku pencemaran di situ.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata pihaknya menerima aduan orang ramai dan telah menyalurkannya kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan lanjut.

“Pasukan teknikal JPS telah mengambil sampel air untuk dihantar ke makmal bagi mengenal pasti punca kejadian itu dengan keputusan dijangka diketahui dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Mohd Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong berkata sebahagian permukaan air berwarna kehijauan dipercayai akibat pertumbuhan alga di kawasan air tidak mengalir manakala warna biru kelihatan berlapis-lapis seperti kesan cat namun bau busuk itu tidak seperti bahan tersebut.

“Pasukan penyiasat akan memeriksa setiap laluan kemasukan air untuk mencari punca atau jika tidak ditemukan, kemungkinan bahan (yang menyebabkan warna air berubah dan bau busuk) itu dibuang secara terus ke dalam kolam kerana kawasan ini berhampiran jalan masuk,” katanya.

Sementara itu, peniaga berhampiran Nor Hisham Othman, 43, berkata menyedari perubahan warna air itu antara dua hingga tiga hari lepas.

“Tetapi saya tidak melihat sebarang aktiviti membuang bahan ke dalam kolam itu kerana ramai yang datang memancing di sini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register