BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aida Rahim cerai talak satu

tempurung@85

Active Member
Messages
1,870
Joined
Sep 23, 2008
Messages
1,870
Reaction score
591
Points
71
aida-radzwil.jpg


Petikan diambil dari Murai

Selepas hampir sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya pasangan Joe Radzwill dan Aida Rahim @ Aida Khalida bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Kemelut yang membelenggu pasangan itu juga akhirnya selesai setelah mereka bercerai secara baik di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Mereka bercerai dengan lafaz talak satu, kira-kira pukul jam 10.05 pagi tadi. Selepas selesai perbicaraan, mereka kemudiannya bersalaman.

Permohonan pembubaran perkahwinan secara fasakh itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Aida dan Joe (Ismail Ahmad @Mohd Radzwill), bernikah di Yala, Selatan Thailand pada 6 November 2002. Pasangan ini kemudian pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 12 September 2009.

Joe yang pernah berlakon dalam filem Black Maria mempunyai tiga anak daripada perkahwinannya sebelum ini manakala Aida ketika itu merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan.

:):):):)
 
wah salam-salam lak...hehehe...mmg dah jadi trend kot.artis ajer mmg slalu dengar bercerai berai tk tahan lama perkahwinan mereka nak pucuk muda juga mcm emma ker
 
Back
Top
Log in Register