BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AI Runway Aleph Menghasilkan Pelbagai Kesan Khas Ke Dalam Video Asli

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Kesan khas sudah wujud sejak filem mula dihasilkan di awal kurun ke-20. Teknologi kemudian berkembang dengan penggunaan model miniatur, teknik gerak-henti, solekan dan kemudiannya dihasilkan sepenuhnya menggunakan komputer. Evolusi seterusnya ialah penggunaan AI dan hari ini Runway Aleph dilancarkan dengan ia boleh menghasilkan pelbagai kesan khas ke dalam video asal dengan hanya menaip prom yang dikehendaki.

Ini berbeza dengan beberapa model AI menjana video yang menghasilkan video berdasarkan prom yang dimasukkan pengguna. Dalam video demo di atas, pengguna boleh mengubah sumber cahaya, cuaca, dan waktu dalam video asal yang dijadikan sumber. Kemudiannya kesan khas seperti bola berapi dan tangan menjadi ais juga boleh dijana oleh Aleph.

Runway-Aleph-A-950x475.jpg


Ia turut boleh memadam elemen dalam video seperti krew penggambaran daripada pantulan di cermin serta menghasilkan clean matte untuk digunakan dalam proses green screen. Kemampuan lain ialah mengubah sudut kamera video dirakam, menambah babak seterusnya berdasarkan klip asal, mengubah warna objek, menuakan pelakon, dan mengubah gaya video asal ke gaya lain berdasarkan contoh gambar.

Runway Aleph kini diberikan kepada pelanggan Enterprise dan rakan perniagaan Runway. Beberapa minggu lalu Netflix mengaku menggunakan model Runway menghasilkan kesan khas untuk siri Eternauts dengan Disney dilaporkan telah menguji penggunaan Runway tetapi belum pada produksi sebenar.​
 
Back
Top
Log in Register