BTC USD 80,465.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ai Lin "Melayu"

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,849
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,849
Reaction score
7,756
Points
916
02.02.2019 - Seremban, Mula mempelajari bahasa Cina sejak dimasukkan ke tadika pada usia empat tahun membuatkan pelajar Melayu di Sekolah Tinggi Chung Hua di sini tidak kekok menulis kaligrafi Cina.

Malah, Nur Ar Risydah Aireen Adiba Mohd Yazid, 15, atau lebih dikenali dengan nama Ai Lin sejak tadika turut menyertai Kelab Tarian Singa di sekolah itu sejak dua tahun lalu dan aktif membuat persembahan.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, semua adik-beradiknya belajar di sekolah Cina kerana bapanya yang bekerja sendiri dan ibunya suri rumah mahu mereka mempelajari bahasa itu.

Jadi sejak kecil saya terbiasa melihat adik-beradik lain bercakap sesama mereka dalam bahasa Cina. Jadi apabila bersekolah, saya juga berlatih cakap bahasa Cina dengan mereka.

Tetapi di rumah, kami sesama adik-beradik berkomunikasi dalam bahasa Melayu bagi menghormati ibu dan ayah, katanya ketika ditemui selepas Pertandingan Kaligrafi Cina 2019 dan Penyampaian Sumbangan di Sekolah Tinggi Chung Hua di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Nur Ar Risydah yang kini tinggal di Beranang, Selangor berkata, tidak susah menulis kaligrafi Cina jika menggunakan berus yang betul dan mendapat latihan sewajarnya.

Katanya, walaupun pada mulanya kekok, selepas setiap hari berlatih, dia kini mahir, malah meminati keunikan seni tulisan itu.

Mengenai penyertaannya dalam Kelab Tarian Singa, katanya, sejak kecil dia meminati tarian singa dan gembira apabila diberi peluang bermain alatan muzik dalam setiap persembahan yang diadakan.

Selain membuat latihan kami mengadakan persembahan untuk majlis tertentu di sekolah atau rumah kenamaan yang menjemput kami, kata peserta Kelab Tarian Singa ini.

Mula bergaul dengan kaum Cina seawal usia muda membuatkan gadis yang bercita-cita menjadi juruterbang itu selesa dikelilingi mereka sepanjang masa, malah mempunyai rakan baik Phun Yan Jun, 15.

Katanya, rakan sekelas yang lain juga tidak pernah menyisihkannya, tetapi melayannya dengan baik walaupun hanya dia satunya-satunya pelajar Melayu dalam kelas.

02hm17azz_1549065276.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/418770/ai-lin-melayu
 
komuniti yg tak bercampur dgn cina india melayu..mmg la akan jadi racist
sbb duduk dgn puak2 depa saja...
cuba bercampur dlm komuniti cina india melayu
baru lah hidup harmoni...
u susah..i tolong....i tolong u susah...
tak gitu :))
 
jgn ingat rasis untuk bangsa saja
rasis untuk negeri2 saja pun ada tau...

contoh mcm belajar kat oversea...
siap ada asrama untuk negeri masing2...
sampaikan kawan kedah nak berkawan dgn budak selangor pun...
depa tak bagi....jeng punya ydp ...:eek:
 
tapi cina kl cina penang cakap cantonise. cina manderin kena ketuk. sama cina pun racis.

diakui oleh kawan aku cina Johor.
drebar teksi KL cina kantonis selamba je dia paw cina Johor ni...
 
majoriti di Malaysia cakap Mandarin je, Kantonis bahasanya agak kasar (bleh tgk citer dynasty yang diorang terbang2 kat tv tu) percakapan agak berbeza ..

dialek je berbeza macam, hakka .. teochew dsbgnya
 
Back
Top
Log in Register