BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Merafak Sembah Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
087d233e3bef588cf57c3217b0249c7c693a30bbb9bff

Kredit: FB - Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan Ke-80 baginda.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menitipkan doa semoga Allah SWT melanjutkan usia baginda dalam keafiatan, kebahagiaan dan kebesaran, serta pemerintahan baginda diberkati dengan rahmat, kemuliaan dan kewibawaan yang berpanjangan.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat tiba ke Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-80 baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Keberangkatan tiba baginda berdua turut diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.

 
Back
Top
Log in Register