BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Parlimen Gesa Langkah Lebih Tuntas Tangani Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ahli Parlimen Gesa Langkah Lebih Tuntas Tangani Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak​

d2a4c4df44669be2f2b9cb8cc8b6fe4f6411c0200e1b6


Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pelbagai cadangan bagi memperkukuh usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, termasuk memperluas kerjasama rentas sempadan, menubuhkan pasukan petugas dan unit pendakwaan khas, serta memperkemas bantuan perlindungan dan pemulihan mangsa.

Pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong pindaan itu sambil mengemukakan beberapa syor penambahbaikan.

Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) berkata Malaysia perlu memanfaatkan mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dan ekstradisi bagi memastikan pemangsa seksual kanak-kanak yang beroperasi dari luar negara, tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Penguatkuasaan juga perlu diperkasakan menerusi penyelarasan lebih baik antara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital dan institusi pendidikan, supaya siasatan, pemeliharaan bukti digital serta pendakwaan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap,” katanya pada sesi itu.

Senada dengannya, Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) mencadangkan penubuhan pasukan petugas khas bagi jenayah seksual digital terhadap kanak-kanak, yang menggabungkan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan untuk mempercepat siasatan serta menyelaras tindakan terhadap kes rentas sempadan.

Beliau turut menggesa kerajaan memperhebat pendidikan keselamatan digital di sekolah serta memperkasakan ibu bapa supaya lebih peka mengenal pasti tanda-tanda awal pengantunan dalam talian dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

“Usaha kita tidak boleh berhenti setakat menangkap dan menghukum pelaku. Mangsa juga mesti dipulihkan secara berterusan melalui sokongan psikologi, bantuan kewangan, perlindungan identiti dan pemulihan jangka panjang,” katanya.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) pula mencadangkan penubuhan unit pendakwaan khas bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, penambahan bilangan pakar psikologi kanak-kanak di fasiliti awam serta pewujudan dana khas untuk membantu mangsa menampung kos rawatan psikologi, guaman dan pemulihan.

Beliau berkata pindaan akta itu penting bagi menutup lompang undang-undang, supaya rakyat Malaysia tidak menjadikan negara yang mempunyai penguatkuasaan lebih lemah sebagai lokasi melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

 
Back
Top
Log in Register