BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Pahlawan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Pahlawan​

d115cd8d994143259b6d4a6f5d7b38bf6a6c4ac66f323

Kredit : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seri Paduka Baginda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pasukan keselamatan yang berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

“Selamat Hari Pahlawan, jasa dan pengorbanan anda semua akan sentiasa terpahat dalam kenangan. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan keselamatan dalam setiap tugas yang dilaksanakan,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Terdahulu, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda akan menjalani rawatan susulan kerana kesakitan melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul atau musculoskeletal.

Seri Paduka Baginda juga dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberi ruang kepada proses pemulihan.

“Sehubungan itu, Sultan Ibrahim tidak berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register