BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146
87980bd32b54f41df274e186385a4e2069f824dc80145


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah itu yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

 
Back
Top
Log in Register