BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong yakini BN

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Agong yakini BN – PM *Abdullah perjelas ura-ura pembangkang tubuh kerajaan 16 Sept.

Oleh ZULKIFLI JALIL, HAMDEN RAMLI dan THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 5 Sept. – Cubaan pakatan pembangkang menyebarkan khabar angin mengenai pembentukan kerajaan baru melalui tindakan lompat parti telah pun dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.-Pak Lah repot kat DYMM :o :o :o

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, khabar angin mengenai pembentukan kerajaan oleh pakatan pembangkang pada 16 September itu ditimbulkan ketika beliau menghadap Seri Paduka baru-baru ini.

Menurut Abdullah, Tuanku Mizan menyatakan rasa gembira dan yakin dengan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan pentadbiran negara dan membaiki kualiti hidup rakyat pelbagai kaum.-aku rasa yang nie ler khabar angin :-? :-? :-?

Abdullah memberitahu, beliau menyembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong-:o :o :o bahawa kerajaan BN mempunyai tanggungjawab dan mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

“Tuanku gembira dengan apa yang kita lakukan, Seri Paduka ucapkan selamat berjaya,” kata Perdana Menteri -khabar angin saja nie...mana bukti Agung kata macam tu?kepada pemberita selepas membentangkan Laporan Separuh Tahun 2008 Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Adalah menjadi rutin Abdullah pada setiap Rabu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sebelum mesyuarat Jemaah Menteri bagi memaklumkan perkembangan semasa politik dan ekonomi negara.

Mengenai isu lompat parti itu yang digembar-gemburkan, beliau berkata: “Saya dengar banyak khabar angin bahawa akan berlaku lompat parti pada 16 September ini.

“Saya pasti (lompat parti) 16 September tidak akan berlaku... orang kita (Ahli Parlimen BN) tidak akan meninggalkan kita.

“Kita tidak akan beri peluang untuk mereka (pembangkang) menubuhkan kerajaan pada 16 September.”

Tarikh 16 September dicanangkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sebagai tarikh beliau akan berjaya membawa kira-kira 30 orang Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan baru.

Ketika ini, BN mempunyai 140 kerusi di Parlimen, manakala Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR, DAP dan Pas memiliki 82 wakil rakyat. Kelebihan majoriti BN di Parlimen ialah sebanyak 60 kerusi.

Abdullah turut ditanya mengenai tindakan Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) menganjurkan rombongan sambil belajar ke luar negara untuk Ahli Parlimen BN dari 7 hingga 19 September seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Menjawab pertanyaan sama ada tindakan tersebut ada kaitan dengan usaha mengelakkan Ahli-Ahli Parlimen itu daripada dipengaruhi elemen ‘tarikh 16 September', Perdana Menteri berkata:

“Kalau mereka hendak pergi, biarlah mereka pergi... apa nak dihubungkaitkan dengan 16 September.

“Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN. Bersekongkol dengan parti pembangkang tidak ada dalam niat mereka.”

Abdullah menegaskan: “Kita bukannya kerajaan yang telah kalah. Parti kita masih memerintah kerajaan dan kita mampu jayakan pemerintahan.”

Perdana Menteri memberitahu, beliau juga tidak tahu-menahu tentang perancangan rombongan tersebut dan bukan pihak yang menganjurkannya.

Ditanya jika berlaku perubahan kerajaan pada 16 September nanti, adakah ia boleh ditafsirkan sebagai rampasan kuasa, Abdullah memberi jaminan bahawa khabar angin itu tidak akan berlaku.

Ujarnya, kerajaan BN tidak akan memikirkan ‘sesuatu yang mungkin berlaku’ tetapi memberi tumpuan kepada kerja-kerja untuk menjadikan Malaysia lebih baik termasuk meningkatkan lagi daya produktiviti.

“Saya telah buat banyak pengumuman. Dalam ucapan Bajet 2009, banyak yang boleh dikecapi jika kita bersedia untuk bekerjasama dan menumpukan kepada kerja,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, BN mempunyai tanggungjawab besar kepada rakyat yang memberikan BN mandat untuk memerintah dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Menurut Abdullah, dalam pilihan raya umum itu, para pengundi telah memberi amaran tentang apa yang tidak menggembirakan mereka, namun mereka juga memberi sokongan yang mencukupi untuk BN menubuhkan kerajaan.

Mengenai sistem penyampaian awam dan perkembangan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Perdana Menteri berkata, agensi itu tidak boleh dimajukan dalam sehari.

“Ia memakan masa yang lama. Penyiasat perlu dilatih. Kita tidak boleh cari seorang penyiasat dan minta mereka jalankan tugas sebagai penyiasat. Itu bukan caranya... kita perlu lakukannya secara profesional,” tambah beliau.

Abdullah menambah: “Orang melemparkan pelbagai tuduhan kepada saya, (antaranya) tuduhan konspirasi menyiasat tuduhan rasuah.

“Kita tidak boleh beritahu bahawa semua yang berlaku di sekeliling kita adalah disebabkan konspirasi pihak berkuasa. Ini gila.

“Jika anda salah, maka anda salah tanpa mengira anda berada dalam kerajaan atau pembangkang. Tidak bermakna jika (siasatan) berlaku kepada pembangkang, maka ia adalah konspirasi daripada kerajaan.”

~X( ~X( ~X( ~X( ~X(
 
cayalah cakap dolah kelentong..ntah2 die dah kene sound dengan Tuanku.
 
Weh Dollah ... sapa yang caya
cakap ko sekarang ???..
Sapa?
Sapa?
Sapa?
Kalau dah kaki kelentong ... ada caya?
Sapa?
Sapa?

:(scam :(scam
 
Weh Dollah ... sapa yang caya
cakap ko sekarang ???..
Sapa?
Sapa?
Sapa?
Kalau dah kaki kelentong ... ada caya?
Sapa?
Sapa?

:(scam :(scam

Ko ni ape masalah sebenonye dengan pak dolah ni? :eek:
 
macam2 hal skang nih...

paklah pon satu... dah kata 16 september kabar angin..pastikan xkan berlaku..

pegi ngadu kat agong buat aper???
 
macam2 hal skang nih...

paklah pon satu... dah kata 16 september kabar angin..pastikan xkan berlaku..

pegi ngadu kat agong buat aper???

tak dapat bayang pak lah bawak bantal pegi ngadu kat agung sambil nyonyot ibu jari...crying baby siot :eek:
 
Back
Top
Log in Register