BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong, Permaisuri Berkenan Beri Sumbangan Kepada Waris Kemalangan Maut Di Klang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
af1ef824f826d0f21dc8465a6dc1911069d390fd6b52d

a1872455ee54a09d872e14e11686390b69d39105c9dbd

fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan sumbangan kepada isteri mangsa kemalangan maut di Jalan Raya Barat di Klang, akhir Mac lepas.

Sumbangan berkenaan diserahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani kepada Nor Nadia Abdul Majid, 32, di rumahnya, di Selangor, hari  ini.

Hadir sama Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh, Penasihat Undang-undang Istana Negara Datuk Zulharry Abdul Rashid, Setiausaha Sulit kepada Raja Permaisuri Agong Dr Nadia Monira Mohamed Taib dan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Anak Embol.

“Semasa sesi kunjungan di rumah Allahyarham di Seksyen 16, Shah Alam, satu majlis tahlil ringkas turut diadakan dan majlis tahlil dipimpin Pegawai Agama Istana Negara,” menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Pada 29 Mac lepas, Amirul Hafiz Omar, 33, maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar pemandu kereta dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat itu.

Insiden yang berlaku kira-kira 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang berusia antara dua hingga sembilan tahun.

 
Back
Top
Log in Register