BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agenda Bersama berisiko makan diri buat Rafizi, Nik Nazmi, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Agenda Bersama berisiko makan diri buat Rafizi, Nik Nazmi, kata penganalisis​

4f56efb0-nik-nazmi-rafizi-ramli-fmt-180526-1.jpg

Azmi Hassan mempersoalkan sama ada agenda Bersama terlalu terikat dengan bekas menteri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata wujud risiko politik memandangkan banyak janji manifesto Bersama menyentuh secara langsung bidang pernah berada di bawah pengaruh kedua-dua pemimpin itu ketika dalam kerajaan dari 2022 hingga 2025.

“Agenda itu kelihatan tidak lebih daripada himpunan idea yang tertangguh, bukannya suatu agenda baharu dan segar untuk negara,” katanya kepada FMT.

Bagi Azmi, persoalannya bukan sekadar sama ada 12 perkara itu menarik di atas kertas sebaliknya mengapa tiada asas atau gerak kerja jelas dilihat ketika kedua-duanya memegang kuasa.

Rafizi berkhidmat sebagai menteri ekonomi dalam pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim manakala Nik Nazmi dilantik menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar.

Rafizi meletak jawatan selepas kalah jawatan timbalan presiden PKR manakala Nik Nazmi mengikut jejak itu susulan kegagalan pertahan kedudukan naib presiden pada pemilihan parti berlangsung Mei 2025.

Mengulas lanjut, Azmi berkata ‘masalah’ itu paling ketara dalam bidang seperti perlindungan sosial, perancangan ekonomi, kebergantungan kepada buruh, peralihan tenaga hijau dan portfolio berat reformasi lain yang kini dimasukkan dalam platform Bersama.

Mengenai kesan politik agenda itu secara lebih luas, Azmi berkata ia menjadikan Bersama kelihatan terlalu bergantung kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

“Pada asasnya, ini agenda Rafizi campur Nik Nazmi,” katanya.

Azmi berkata, pelan itu ‘amat berisiko’ kerana menggambarkan agenda reformasi Bersama mencerminkan visi dua bekas menteri itu, bukannya barisan kepimpinan parti yang lebih menyeluruh.

Katanya, keadaan itu mengecilkan daya tarikan politik parti itu dan pada masa sama meningkatkan pertaruhan peribadi buat Rafizi dan Nik Nazmi.

“Jika agenda itu gagal meyakinkan rakyat, kegagalan itu tidak akan dilihat sebagai kegagalan parti semata-mata, tetapi sebagai gambaran kelemahan kredibiliti mereka,” katanya.

Azmi turut mempersoalkan sama ada platform Bersama mampu mencetuskan minat pengundi dengan menawarkan sesuatu yang benar-benar tersendiri dari segi politik.

“Tiada apa yang benar-benar baharu dan tiada yang luar daripada kebiasaan. Tidak ada sesuatu yang boleh menarik keyakinan rakyat terhadap Bersama.”

Azmi merujuk kepada janji Bersama untuk melaksanakan bantuan bersasar secara automatik, yang menurutnya berkait rapat dengan portfolio ekonomi Rafizi sebelum ini serta peranannya memperkenalkan Pangkalan Data Utama, Padu.

Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan sama ada Rafizi sudah membuktikan kemampuan membina jentera yang diperlukan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan berkesan.

Persoalan sama juga timbul berhubung janji berkaitan perancangan negara, pertumbuhan gaji, kemampuan memiliki rumah, peralihan tenaga dan kelestarian, kata Azmi.

“Bersama kini bercakap dengan keyakinan sebagai sebuah parti yang menawarkan penyelesaian, tetapi pengundi berkemungkinan besar akan menilai pemimpinnya berdasarkan apa yang mereka lakukan ketika berada dalam kerajaan.”

Rafizi dan Nik Nazmi pada 17 Mei mengumumkan mereka keluar PKR serta mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa untuk mengambil alih Bersama.

Mereka turut mengumumkan agenda 12 perkara yang merangkumi sistem keselamatan sosial negara baharu, penjagaan kanak-kanak sejagat, perumahan mampu milik, serta reformasi perumahan, pendidikan dan kesihatan.

Janji parti yang dihidupkan semula itu turut meliputi usaha memacu pertumbuhan ekonomi, memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), memodenkan pertanian, menggerakkan peralihan tenaga dan mewujudkan kebebasan institusi.
 
jgn lupa kaki temberang rafizi nie

jgn fikir dia sbg hero atau pejuang

hanceng mamat tu
 
jgn lupa kaki temberang rafizi nie

jgn fikir dia sbg hero atau pejuang

hanceng mamat tu

Dulu ramai penjilat rafizi ni dlm ni

Akhirnya ter kena qunut nazilah si piji ni akibat kacau harga diesel
Dia yg start kacau harga diesel
Padan muka
Sila meninggal dlm keadaan hina
 
Hahahahaha....simbol sang kancil....

Lebih baik Parti Pembina Negara (yang tak jadi-jadi)....simbol 5 ketul bata....kikikikikiki
 
lebih kepada kelangsungan kareer politik
bukan nk buat agenda nasional utk rakyat pun
belajar la sesuatu drpd parti pejuang (atuk & mukhriz), parti bangsa malaysia (zuraida), kat mana dah diorang
 
Dulu ramai penjilat rafizi ni dlm ni

Akhirnya ter kena qunut nazilah si piji ni akibat kacau harga diesel
Dia yg start kacau harga diesel
Padan muka
Sila meninggal dlm keadaan hina

sehina3 piji pon.. tak la sampai hina sahabat nabi mcm puak sesak kesanyangan korg tu 😂 😆

jgn kutuk lebih3 musuh pmx semua kawan baik Pas skrg 😂 😆
 
Macam aku selalu kata, sehina2 dan sezindiq2 pimpinan sekular dan liberal macam DSAI, Rafizi dll, dalam mereka membuat janji dan ucapan politik, x ada yang dinisbahkan ucapan, janji, dan kaedah itu sebagai cara Islam sebagaimana pemimpin2 politik kesayangan walatikaian (dan sudah tentu mereka sendiri x tahu dengan ucapan2 pemimpin pujaan masing2).
 
lebih kepada kelangsungan kareer politik
bukan nk buat agenda nasional utk rakyat pun
belajar la sesuatu drpd parti pejuang (atuk & mukhriz), parti bangsa malaysia (zuraida), kat mana dah diorang

Rebound party
Wont last
 
Back
Top
Log in Register