BTC USD 82,312.5 Gold USD 4,167.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adun kena pukul

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SUNGAI PETANI - Gara-gara menasihati penduduk supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di padang permainan, wakil rakyat dipukul menggunakan sebatang buluh hingga cedera.

Adun Berapit, Lydia Ong Kok Fooi mendakwa, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Intan jam 7 malam, beliau ternampak wanita berusia 50-an membakar sampah dekat padang permainan berhampiran rumahnya.

Melihatkan kepulan asap yang memenuhi kawasan perumahan itu, dia segera meminta individu itu menghentikan pembakaran memandangkan ia mengundang pencemaran udara, menimbulkan bau busuk serta membahayakan kanak-kanak serta orang ramai.

“Saya cakap baik-baik, bukan tengking dan marah kerana perbuatannya salah serta boleh dikena tindakan undang-undang, tetapi dia tidak puas hati,” katanya.

Kok Fooi mendakwa, wanita itu kemudian mencabar dirinya dengan mengatakan dia berhak berbuat demikian dan sekiranya tidak berpuas hati, dia juga boleh membakar sampah di hadapan rumah wakil rakyat terbabit.

“Bagi membuktikan tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang, saya merakamkan perbuatannya melalui kamera telefon bimbit, namun secara tiba-tiba telefon saya terlepas.

“Akibat marah perbuatan dia dirakamkan, wanita itu segera mengambil sebatang buluh lalu memukul di bahagian lengan kanan saya,” katanya.

Beliau berkata, bahunya sekali lagi dipukul sebaik sahaja dia menundukkan kepala untuk mencapai telefon bimbitnya.

Katanya, wanita terbabit sekali lagi mencederakannya di tangan sebelah kiri sehingga merosakkan permukaan jam tangan miliknya.

Menurutnya, akibat itu, beliau mengalami lebam-lebam di lengan kanan, kiri, bahu serta sengal badan.

Kekecohan dikatakan itu turut disaksikan penduduk di kawasan berkenaan yang berkumpul di kawasan sekitarnya.

Difahamkan, wanita itu sering melakukan pembakaran terbuka dan tindakannya itu mengundang pencemaran udara selain mengganggu ketenteraman jiran lain.

“Pembakaran sampah termasuk polistirena dan beg plastik memberi kesan kurang baik terutama apabila sisa toksik dan bau busuk merebak.

“Tujuan saya membuat laporan ialah supaya pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat perkara itu.

Katanya, kes akan disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.


sumber;http://www.sinarharian.com.my/adun-kena-pukul-1.173473
 
mungkin depa geram kat ang dah lama tu...
ang ja xtau
 
~Teguran membawa padah~... bagus rakyat Malaysia skrg neh, sama sama berwibawa spt pemimpin masing masing.:)
 
La ni adun pun kena pakai bodyguard.. Tapi ingat kena bayar sendiri yer... Jangan guna duit rakyat..
 
bole la beli jam g shock yg aku jual tu..

setakat kena pukul dgn kayu apa ada hal klau pakai g shock.. :)
 
memang patut makcik tu kene dakwa..sesuka hati pukul orang. dah la buat pembakaran terbuka. sekarang ni kan tengah larangan pembakaran terbuka, tengah jerebu.
 
makcik umur 50an?aduhai,..otak da tepu da kalu tegur pun..
 
kedah........dah lama dok kedah sampai terikut ikut perangai org kedah.....nasib baik sekarang dok pulau.......kalau tak lagi haru
 
Back
Top
Log in Register