dloanman
CG Top Poster Club

- Messages
- 46,551
Top Poster #10
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 46,551
- Reaction score
- 4,820
- Points
- 266
Orang ramai menggunakan topeng muka ketika keluar membeli barangan keperluan harian sebagai langkah keselamatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal wabak Covid-19 di Pasaraya Tesco, Shah Alam pada 28 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR
by Aliff FikriApril 6, 2020 4:15 pm
SHAH ALAM, 6 APR: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing menawarkan peluang kerja kepada individu berkemahiran dan hilang sumber pendapatan bagi menghasilkan topeng penutup muka dalam usaha menbendung wabak Covid-19.
“Kita tidak mempunyai topeng berkaitan yang mencukupi, oleh itu kita perlu melakukan yang terbaik dengan menggunakan sumber sedia ada,” kata R Rajiv menerusi Facebook hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah memperoleh bahan dari pembekal dan hanya memerlukan tenaga kerja untuk menyiapkannya.
Katanya, perkara itu boleh dijayakan sekiranya ada pihak yang berminat serta menghebahkannya.
Individu yang berminat, boleh menghubungi beliau atau mengisi di pautan:
===> https://tinyurl.com/COVID19PTM