hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Adik tetak kepala abang dengan parang
LUMUT – Seorang lelaki parah setelah kepalanya cedera dipercayai ditetak adiknya ketika sedang bergaduh di sebuah rumah di Ayer Rawat, Sitiawan dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.30 petang.
“Mangsa yang berumur 56 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
“Bertindak atas maklumat, polis Ayer Rawat telah menangkap seorang lelaki bersama sebilah parang disyaki digunakan suspek dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.
Hasbullah berkata, siasatan polis mendapati mangsa adalah abang kepada suspek dan suspek tinggal serumah dengan abangnya
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.
Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-688 6222 atau talian hotline WhatsApp 017-682 8005. – KOSMO! ONLINE
Sumber : Kosmo Online
12:42am kes tetak guna parang kat Petronas batu nilam klang Selangor.