BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Didakwa Tetak Siak Dengan Parang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146
258de2e1e408507990b663f443a675566940d92e63442

Kamarulzaman Kamarudin, 55, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang siak menggunakan sebilah parang Rabu lepas.

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak siak sebuah surau dengan menggunakan parang hingga menyebabkan kecederaan parah, Rabu lepas.

Kamarulzaman Kamarudin, 56,  didakwa  dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Normuda Mod Noor, 68, dengan menggunakan sebilah parang di surau Nurul Hidayah, Jalan Bukit Jana, Kampung Bukit Jana, Kamunting dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada 2.30 petang, 10 Dis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan tertuduh hanya bekerja sendiri dengan pendapatan RM50 sehari, mempunyai tiga orang anak serta beberapa kali menerima rawatan psikiatri.

Hakim Noor Sakinah Haroon Arashid menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dimohon pendakwaan dan menetapkan 29 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, polis menahan tertuduh selepas disyaki menetak seorang lelaki warga emas  dan mangsa didapati mengalami kecederaan parah akibat ditetak beberapa kali pada bahagian kepala dan tangan.

 
Teringat sorang forumer tayang parang dlm cg ni
 
Back
Top
Log in Register