BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adik maut dipercayai dibunuh abang kandung

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
350137-350137.jpg


Adik maut dipercayai dibunuh abang kandung

Poliana Ronnie Sidom

Sandakan: Lelaki ditemukan maut dalam bilik tidur rumahnya di Bandar Karamunting, di sini, dipercayai ditetak abang kandung dalam kejadian Ahad lalu.

Susulan itu polis menahan suspek berusia 44 tahun beberapa jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, penahanan suspek pada 8.45 malam membawa kepada penemuan seluar berlumuran darah dan tiga bilah parang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Terdahulu katanya, kejadian disedari ibu mangsa yang pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang dan menyedari pintu bilik anaknya terhalang, sebelum melihat tubuh lelaki berusia 43 tahun itu berlumuran darah.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala, belakang telinga, perut serta tangan akibat senjata tajam.

"Bedah siasat dijalankan dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya di sini, hari ini.

George berkata, siasatan awal juga mendapati suspek dipercayai mempunyai masalah mental, tidak bekerja dan tinggal bersama keluarganya di rumah berkenaan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register