BTC USD 80,867.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AdaSky perkenal kereta pandu sendiri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
mobileye-1493153920.png.transformed.jpg

SAN FRANCISCO: Seorang rakyat Israel mendakwa mampu menyelesaikan masalah rumit kereta pandu sendiri dengan memperkenalkan kamera haba

Kamera itu adalah teknologi terkini yang diuji dan dikatakan mampu mengesan haba pejalan kaki, haiwan dan sebarang objek

Ketua Pegawai Teknologi Syarikat AdaSky, Eyal Madar, berkata pihaknya sudah membangunkan kamera jarak jauh inframerah haba (FIR) yang berfungsi dengan menggunakan algoritma penglihatan komputer yang dikatakan mampu mengesan manusia atau objek di atas jalan raya

"Teknologi AdaSky boleh menentukan sama ada objek adalah pejalan kaki pada jarak 200 meter dan pada jarak lebih jauh ia mampu mengesan kereta

"Kamera ini direka untuk membantu dalam apa yang dikenali sebagai 'kes pilihan' dalam pemanduan autonomi, ketika lain-lain alat pengesan mungkin gagal berbuat demikian," katanya

Beliau berkata, kamera haba adalah teknologi baharu yang mula-mula dibangunkan untuk kegunaan tentera

AdaSky memberi tumpuan sepenuhnya kepada aplikasi untuk kenderaan autonomi, tidak seperti pesaingnya, sistem Inframerah Radiometer Pandang Depan (FLIR) yang bersifat lebih fokus

"Satu prototaip memandu penuh sistem AdaSky akan siap dalam tempoh setahun, dengan pengeluaran besar-besaran akan mampu dilakukan dua hingga tiga tahun lagi," katanya

http://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2017/09/324468/adasky-perkenal-kereta-pandu-sendiri
 
Back
Top
Log in Register