BTC USD 84,622.8 Gold USD 4,298.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah anda ikhlas dalam berniaga?

thump_up

Fun Poster
Messages
662
Joined
Jun 23, 2011
Messages
662
Reaction score
53
Points
20
salam semua. seperti yang kita sedia maklum dalam cg ni ramai peniaga2 xkiralah berniaga produk dan service. aku pun pernah cuba juga untuk menjual barang tetapi dan setiap kali aku nak jual, aku akan test dulu produk tersebut untuk memastikan keberkesanannya. aku pernah merancang untuk jual barang kesihatan/kecantikan (dalam 3-4 produk juga) tapi kesalnya semua tidak berkesan. at least kepada aku. jadi plan aku tidak menjadi. beberapa produk ini aku pernah war2 kan kepada di laman sosial, kepada kenalan dan sebagainya dan respon mereka agak positif. tetapi malangnya bila aku terus memakai produk tersebut aku mendapat efek negatif jadi aku putuskan untuk tidak menjual.

dan disebabkan sikap aku yang begitu, aku tidak pernah menjual apa2 sampai sekarang kerana aku sering meletakkan diri aku sebagai pelanggan di mana aku mahu berpuas hati atas setiap sen yang aku keluarkan. di mana term ini aku panggil sebagai "keikhlasan" dalam berniaga. tetapi aku lihat zaman sekarang lebih mementingkan keuntungan dan xkisah menjual produk yang kurang elok semata2 untuk mendapatkan wang.

apa pendapat korang dalam hal ni? dan bg penjual2/peniaga2 di luar sana, adakah anda sependapat dengan aku?
 
trader rating ts 0 lagi

0=tak ikhlas

tehehehhehhee
 
tt bersikap negatif dikala pelanggannya positif...
 
mmg baik niat tt tue....mencuba untuk memahami kehendak pelanggan dan berada dlm situasi seorg pelangan ..mmg terbaik...teruskan usaha....pasti akan jumpa titik kejayaan....
 
xsemua produk berkesan :)

mcm guna colgate ..... hari2 guna..tp gigi xda la putih mcm iklan :)
 
buat produk sendiri,

dapatkan copyryght kotrol,

jual sendiri,

untung sendiri,

ikhlas pun sendiri2 jugak.
 
xsemua produk berkesan :)

mcm guna colgate ..... hari2 guna..tp gigi xda la putih mcm iklan :)

yah betul. tetapi org yang membeli colgate bukan kebanyakannya berharap untuk memutihkan gigi. hanya memenuhi tuntutan hygiene sahaja. lagi pula harga nya berbaloi dgn harga.

namun ada sesetngah produk yang kita boleh kelaskan sebagai tidak berbaloi dengan harga yang dijual atau lebih teruk, mendatangkan keburukan kepada penggunanya. contoh mcm produk kecantikan yang harganya melambung, tetapi bukan sahaja tidak berkesan malah mungkin menyumbang kepada masalah lain seperti alergi, kanser dan sebagainya. tetapi aku sedih juga bila lihat masih ramai yang mempromosi disebabkan keuntungan dan tetap menegakkan benang yang basah walaupun kesannya sudah terbukti.

jadi di sini aku lihat sesetengah peniaga lebih mementingkan keuntungan dr kepuasan dan kemasylahatan pelanggan. mungkin realitinya zaman sekarang manusia memang lebih mementingkan wang dan kekayaan.
 
teruskan usaha tt.. cuba la buat product sendiri then jual.. hehehe
 
Perbincngn yg menarik.
Ada btol jgk tt cakap. Tp rasanya tak semua produk kita boleh guna dl. Dan kalo kita guna pun.contohnya pencuci muka. Kalo kita tak berkesan. Tak bermakna utk org lain pun tak berkesan. Kalo kita anggap cmtu parah lah. Kang kne customer yg guna jd lg teruk plak. Guana tu.
 
Back
Top
Log in Register