akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,006
- Points
- 881
Ada mantera khas panggil hantu raya ?
Ada mantera khas panggil hantu raya ?
Selepas kedatangan Islam amalan mantera dan jampi serapah yang memuja atau memanggil entiti sedemikian adalah khurafat dan syirik. GAMBAR ARKIB NSTP
Jika anda membesar di kampung terutamanya, kisah-kisah mistik mengenai hantu raya tentu saja sebahagian warna warni kehidupan.
Umumnya hantu raya dikaitkan dengan kesetiaan kepada tuan dengan menjaga apa sahaja kepentingannya termasuk kebun, ladang juga hal-hal lain.
Di dalam budaya di alam Melayu, hantu raya merujuk kepada sejenis makhluk halus yang dikatakan terdiri daripada golongan jin jahat. Ia mempunyai bentuk fizikal yang besar, tinggi dan dipercayai antara makhluk halus paling kuat.
Hal itu menyebabkan kebanyakan pengamal perubatan tradisi satu ketika dulu kerap menggunakan mantera dan jampi serapah memanggil hantu raya sama ada sebagai pendamping atau suruhan untuk menjalankan tugas. Antara mantera yang biasa digunakan adalah seperti berikut;
hei si hantu raya
penjaga alam penjaga diri
kauterima sajian ini
sajian berkat untuk diikat
kau dan aku jangan berpisah
jagalah aku dari mendapat musibat
kawal gerak aku
kaumungkir tiada jamu
kaudengar arahan aku
patuh perintah aku.
Selain itu, mantera sebegini juga turut digunakan dalam persembahan teater tradisi misalnya dalam main puteri atau main bubu yang di dalamnya terkandung pelbagai nama wali, jin, hantu juga jembalang.
Anda boleh mengenal pasti elemen ini apabila dalam persembahan main bubu misalnya, proses awal akan dimulakan dengan mengasapkan kemenyan sebelum bomoh bergerak mengelilingi pentas bermula dari arah kanan mengikut arah
jam sambil membakar bekas yang berisi kemenyan.
Satu lagi mantera yang paling popular adalah dalam amalan buka panggung persembahan tradisi. Selalunya ia disebut sebagai upacara 'menghadap', kononnya berhadapan dengan makhluk halus secara berestetika dengan diiringi sajian bersesuian.
Tradisi buka panggung ini amat sinonim dengan persembahan seperti wayang kulit, menora, makyung, bagih, main puteri, dikir barat, dan mok pet. Ia biasanya diadakan di tempat persembahan seperti di bangsal atau pentas yang didirikan secara khas.
Sebelum dan semasa buka panggung diadakan, disediakan bahan seperti bertih, kemenyan, pulut kuning, telur ayam, beberapa jenis kuih, ayam panggang, dan minyak kelapa. Biasanya semua bahan itu dimasukkan ke dalam dulang atau pinggan, dan penyediaan ini disebut sebagai 'menjamu' (meminta izin daripada semangat atau kuasa ghaib). Pada masa yang sama, alat muzik termasuklah rebab, serunai, gendang, rebana atau patung wayang kulit, diperasap dengan kemenyan.
Bagaimanapun, selepas kedatangan Islam semua itu berubah. Mantera dan jampi serapah yang memuja atau memanggil entiti sedemikian adalah khurafat dan syirik.
Pandangan yang mengatakan mantera sesuatu yang sakral dan hanya boleh dituturkan oleh bomoh dan pawang perlu dilihat dalam konteks lebih luas iaitu kebergantungan hanyalah kepada Allah SWT dan tiada ada apa-apa yang boleh menyekutukannya.
Susulan kefahaman terhadap agama Islam semakin menebal, banyak amalan khurafat ini ditinggalkan terutama oleh generasi moden hari ini. Tradisi buka panggung itu sendiri sudah tidak diamalkan dalam seni persembahan.
Apa yang tinggal kini misalnya dalam persembahan dikir barat misalnya hanyalah sebagai syarat untuk memulakan persembahan, tanpa dimasukkan amalan yang bertentangan dengan hukum-hakam Islam.
Bagi memperlihatkan proses buka panggung secara simbolik, persembahan dikir barat misalnya memulakan acara dengan memainkan alat muzik seperti gendang ibu, gendang anak, gong, canang, dan marakas. Perkara ini bertujuan memperlihatkan nilai seni sesebuah persembahan sahaja.
Susulan itu, hari ini mantera hanyalah sebahagian tinggalan puisi tradisi tanpa kepentingan tertentu. Kajian terhadap mantera ketika ini memperlihatkan sisi lain iaitu kepentingannya dalam masyarakat sebelum Islam.
Seperti pantun yang digunakan bagi melengkapkan adat merisik, meminang, bertunang dan perkahwinan mantera digunakan juga sebagai sebahagian proses pengubatan dan rawatan penyakit tertentu.
Mantera boleh dibahagikan kepada beberapa kategori dan jenisnya. Walaupun secara umum mantera digunakan untuk rawatan penyakit tetapi ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu penyakit biasa; berbahaya; pulih urat; patah tulang; gangguan makhluk halus; sihir; pendinding atau penggerun; pengasih; pekerjaan malah juga ritual persembahan serta adat istiadat.
Dari sudut sifat sebagai puisi tradisi, keistimewaan mantera dilihat dari sudut sudut bahasa dan puitis binaan bahasanya. Ia dibina dengan bahasa kiasan, perlambangan dan simbolik tertentu yang mempunyai beberapa lapisan makna,
begitu juga dengan struktur mantera yang berbentuk pantun dan syair.
Justeru itu, kajian mantera sebenarnya penting dalam korpus kajian sastera lisan seperti mana kita meneliti pantun dan syair. Menerusinya, kita dapat melihat bagaimana pemikiran, kepercayaan dan masyarakat terdahulu dalam menghasilkan mantera yang unik.
- Penulis adalah penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka