BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Acer Predator Triton 500 & Nitro 5, Intel Generasi 10 & RTX Super

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Acer kini mengemaskini barisan komputer riba gaming keluarannya dengan kemunculan dua lagi model terbaru Predator Triton 500 dan juga Nitro 5. Tampil serba menarik dengan penawaran lebih terkini, kedua – dua komputer riba ini didatangkan dengan sokongan pemproses Intel Core generasi ke-10 yang terkini.

Acer Predator Triton 500 dilengkapi skrin 15.6″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 300 Hz, dijana pemproses terkini Intel Core generasi ke-10, GPU NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER dengan rekaan Max-Q. Bagi memaksimakan pengalaman permainan video, skrin yang digunakan turut menyokong NVIDIA GSYNC.

Komputer riba untuk permainan video ini turut dilengkapi memori sehingga 32GB DDR4 RAM dan storan sehingga 2TB SSD NVMe. Selain itu, ia juga dilengkapi sokongan Wi-Fi 6 dan ethernet E3100G. Menerusi sistem penyejukan Vortex Flow yang dioptimumkan lagi oleh teknologi CoolBoost, prestasi aliran haba sehingga 33% lebih baik dapat dicapai. Kesemua ini dimuatkan ke dalam sebuah komputer riba yang hanya seberat 2.1 kilogram.

Sementara itu Acer Nitro 5 pula dilengkapi skrin 15.6-inci IPS FHD dengan kadar segar semula 144Hz, dijana pemproses Intel Core i7 generasi ke-10 yang dipadankan dengan kad NVIDIA GeForce RTX 2060 atau GeForce GTX 1650i/1650.

Saiz memori pula ialah sehingga 32GB DDR4 RAM dan storan SSD M.2 PCIe dan storan HDD 1TB. Seperti Predator Triton 500, Nitro 5 juga menyokong Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 yang membolehkan pengguna menikmati kelajuan Internet yang pantas.

Acer Predator 500 ditawarkan pada harga bermula $2200 (~RM9586) manakala Acer Nitro 5 pula akan dijual pada harga bermula $750 (~RM3272) bermula Mei 2020.

Screenshot-656.jpg
 
Acer Malaysia Kemaskini Predator Triton 500 Intel & NVIDIA Terbaru - Harga Baru Bermula RM7999

Tahun lepas, Acer melancarkan komputer riba gaming Predator Triton 500, iaitu siri komputer riba gaming yang bukan sahaja hadir dengan komponen-komponen yang berkuasa, tetapi juga mempunyai rekaan yang serba minimalis dan nipis.

Acer-Predator_Triton-500-2020-A-950x520.jpg


Acer Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini komputer riba ini dengan komponen-komponen baru, seperti CPU Intel Core generasi kesepuluh Comet Lake dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super yang diperkenalkan pada tidak lama lalu.

Predator Triton 500 baru ini hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 15.6 inci beresolusi Full HD dengan pilihan kadar segar semula 144Hz dan 300Hz bergantung kepada model yang dibeli.

Predator Triton 500 yang baru ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-10875H, memori DDR4 sebanyak 8GB/16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Acer-Predator_Triton-500-2020-B-950x626.jpg


Dari segi pilihan cip pemprosesan grafik, pengguna diberi pilihan untuk mendapatkan model dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 2070 ataupun NVIDIA GeForce RTX 2070 Super.

Model Predator Triton 500 ini akan mula dijual di pelbagai kedai atas talian seperti Acer eStore, Lazada dan Shopee pada 15 Jun kelak pada harga-harga berikut sebelum ia dijual secara rasmi melalui pengedar pada 20 Jun:
  • Predator Triton 500 (144Hz/8GB/512GB/RTX 2070) – Rm7999
  • Predator Triton 500 (300Hz/16GB/512GB/RTX 2070 Super) – RM8999
 
Back
Top
Log in Register