BTC USD 82,827.5 Gold USD 4,092.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Acer Nitro 5 - CPU Intel Generasi 9 & NVIDIA GeForce GTX 1660Ti

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,842
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,842
Reaction score
7,756
Points
916
Di waktu perintah kawalan pergerakan yang baru sahaja dilanjutkan hingga 14 April ini, jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming dengan harga yang tidak terlalu mahal, Acer Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini model Acer Nitro 5 mereka dengan spesifikasi baru.

Ia masih mempunyai rekaan dan saiz paparan yang sama pada 15.6 inci pada resolusi Full HD dengan kadar segar semula 120Hz. Berbanding dengan model sebelum in, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-9750H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Acer turut menaiktarafkan kebolehan pemprosesan grafik Acer Nitro 5 ini dengan memuatkan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti kedalamnya, yang membolehkannya menggerakkan pelbagai permainan komputer moden pada resolusi Full HD dan tetapan tinggi tanpa masalah.

Acer Nitro 5 ini sudahpun mula dijual di kedai atas talian mereka di Lazada pada harga RM4499.

Screenshot-344.jpg


SUmber asal https://www.lazada.com.my/products/...56-inch-120hz-fhd-i867430980-s2125396114.html
 
Very cool that finally we have something like that laptops with especially such balanced hardware requirements which go back to back with the network absolutely and possibly for many many reasons entirely, I do not see anything bad with this....
 
Acer Nitro 5 Di Kuasakan CPU AMD Ryzen 4000 Kini Di Pasaran Pada Harga RM4099

Komputer riba gaming Acer Nitro 5 boleh dikatakan diantara komputer riba gaming yang lebih mampu milik keluaran Acer. Hari ini, mereka mengumumkan bahawa kemaskini terbaru siri tersebut yang sekarang dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 4000 sudahpun memasuki pasaran tempatan.

Acer Nitro 5 ialah sebuah komputer riba gaming 15.6 inci yang kini dikemaskini sedikit rekaannya, dan diberikan nafas baru dengan penggunaan CPU AMD yang terkini.

Seperti yang dikatakan, ia dilengkapi paparan IPS 15.6 inci yang mempunyai bezel yang lebih nipis berbanding sebelum ini dan kadar segar semula 144Hz yang pantas.

Ia dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 7 4800H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 512GB. Dari segi grafik pula, komputer riba ini dimuatkan dengan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB.

Menariknya, Acer Nitro 5 ini juga hadir dengan sebuah slot storan M.2 PCIe tambahan untuk mereka yang inginkan jumlah storan yang lebih besar.

Sistem penyejukan Acer Nitro 5 ini juga telah diperbaiki untuk memastikan pengalaman gaming anda kekal sejuk tidak kira berapa jam pun anda memainkan permainan-permainan anda.

Menurut Acer Malaysia, Acer Nitro 5 ini sudahpun tiba di pasaran, dan boleh dibeli secara atas-talian ataupun di kedai-kedai fizikal untuk harga RM4099. Untuk jualan Hari Merdeka, model ini boleh dibeli pada harga RM3999.

Acer-Nitro-5-2-950x570.png


Layari https://shopee.com.my/Acer-Nitro-5-...D-144Hz-Gaming-Notebook-i.48281469.5917077216
 
Acer Nitro 5 Dengan Intel Comet Lake - Harga Bermula RM3799

Siri komputer riba Acer Nitro 5 dikenali ramai sebagai komputer riba gaming mampu-milik keluaran syarikat teknologi Taiwan tersebut. Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming mampu milik dengan spesifikasi terbaru, mungkin ini untuk anda.

Acer Nitro 5 dikemaskini dengan siri CPU Intel generasi kesepuluh Comet Lake, termasuklah Intel Core i7-10750H dan Intel Core i5-10300H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Dari grafik, Acer Nitro 5 ini dilengkapi dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti ataupun NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti. Untuk menyejukkan komponen-komponen ini, Acer telah mengemaskini sistem penyejukan yang digunakan, dan berkata ini akan mengurangkan peningkatan suhu sehingga 25 peratus, dan membolehkan pengguna untuk bermain permainan komputer tanpa perlu risau mengenai isu haba.

Papan kekunci Acer Nitro 5 juga dilengkapi sistem pencahayaan RGB dan pengguna boleh mengubahsuai warna lampu LED tersebut secara berkawasan.

Menurut Acer Malaysia, Acer Nitro 5 baru ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada harga RM3799 untuk model Intel Core i5 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti, manakala model Intel Core i7 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti dijual pada harga RM4899 serta merta.

Acer-Nitro-5-1-950x622.png
 
Acer Nitro 5 Dengan Cip Intel Gen-11 Kini Sudah Boleh Di Beli

Acer Nitro 5
yang sebelum ini dikuasakan cip pemproses AMD kini menerima model baharu yang dijana cip Intel Gen-11 pula. Menariknya, ia sudah boleh dibeli peminat tempatan pada harga RM5699 (Intel i7+16GB RAM). Selain itu, pelanggan yang membelinya mulai hari ini hingga 9 Julai akan menerima fon telinga wayarles Acer Gateway FAE-i5.

Untuk spesifikasi khusus, komputer riba ini hadir dengan pilihan cip Intel Core i7-11800H atau Intel Core i5-11400H. Ia menerima gandingan grafik Nvidia RTX 3060 6GB GDDR6 serta memori 16GB RAM atau 8GB RAM (bagi varian Intel i5).

20210705-Acer-Nitro-5_Banner-with-Promo.jpg

Masing-masing juga mempunyai kapasiti storan 512GB SSD dengan satu slot tambahan bagi M.2 dan HDD. Selain itu, Acer Nitro 5 dilengkapi skrin berukuran 15.6 inci beresolusi FHD dan kadar segar semula 144Hz. Antara yang lainnya adalah rangkaian Intel WiFi 6, Bluetooth 5.1, 1 USB-C. 1 USB 3.2 Gen2, 2 USB 3.2 Gen 1, HDMI dan bicu audio 3.5mm.

Seperti yang dinyatakan, Acer Nitro 5 dengan Intel Core i7 sudah boleh dibeli mulai hari ini. Sementara varian dengan Intel Core i5 akan tersedia pada penghujung Julai ini dengan harga RM4799. Tambahan lagi, bersempena jualan 7.7, Acer Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi bagi produk mereka yang terpilih seperti Acer Swift 5 (RM4499), Acer Predator Helios 300 (RM4799) dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, anda boleh membelinya di kedai dalam talian rasmi Acer di Shopee.
 
Back
Top
Log in Register