Abu kereta bernilai AS$275,000

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
182
Points
23
BY ERYWAN

Abu kereta bernilai AS$275,000


Ada seorang individu di Santa Paula, California dikatakan mahu mencuba nasib untuk menjual sebuah Ferrari 458 Spider tahun 2014 tetapi jualan itu agak luar biasa.

Berdasarkan perkongsian gambar di laman jualan kenderaan lelong iaitu Copart.com, apa yang dipaparkan adalah abu dan sisa yang amat sukar dikenal pasti.

Kami tidak tahu apa yang bernilai di sini untuk anda beli. Sukar untuk melihat komponen yang mampu diselamatkan.

Selayang pandang, anda pasti tahu kereta jenama Itali ini rentung dalam satu kejadian kebakaran dashyat. Kes biasa yang lazimnya ditemui membabitkan sebahagian badan kereta Ferrari 458 Spider terbakar.

Apa yang tinggal ialah tiga perempat cakera brek seramik karbon, beberapa logam dan seunit rim rosak teruk. Batang paip dan tabung ekzos masih kelihatan tetapi karat sepenuhnya.

Merujuk iklan sama, kereta ini dianggarkan bernilai AS$275,000. Kami merasakan itu sebenarnya nilai kereta sama tahun 2014 yang benar-benar wujud dan boleh dipegang tangan.

Iklan sama juga menyatakan 'jentera' ini menggunakan enjin 4.5L V8 dengan kotak gear automatik dan sistem pacuan roda belakang. Mungkin rangkaian kuasa ini pernah ada sebelum terbakar. Sekadar memori selepas jadi abu.

Sumber: Copart.com


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER


2014 FERRARI 458 SPIDER
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register