BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abang tembak adik, sebelum maut ditembak polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14199315461174349-385995.jpg

14199315461174349-385996.jpg


Abang tembak adik, sebelum maut ditembak polis

TENOM: Seorang lelaki menembak adiknya sehingga maut sebelum dia sendiri ditembak mati polis di Kampung Kangkawang, Jalan Kemabong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mangsa berusia 54 tahun yang juga pekebun, disahkan meninggal dunia selepas kena lapan tembakan di belakang badan.

Suspek berusia 57 tahun yang juga abang mangsa dilaporkan menggunakan senjata buatan sendiri jenis bakakuk dan dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian jam 8.54 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, penduduk kampung memaklumkan suspek berada dalam rumah sambil memegang senjata api dan mengugut akan menembak sesiapa yang menghampiri kawasan itu.

"Polis kemudian membuat kepungan dan mengarahkan suspek menyerah diri sebanyak tiga kali, namun dia enggan keluar.

"Beberapa das gas pemedih mata dilepaskan ke dalam rumah bagi memaksa suspek keluar, namun dia masih tidak memberikan kerjasama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmir berkata, situasi bertukar tegang apabila suspek berlari ke arah dapur sambil mengacukan senjata ke arah anggota polis yang berada berhampiran tingkap rumah.

Katanya, bagi mempertahankan diri, pegawai polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai lengan kanan, dada kiri dan rusuk kiri suspek.

"Suspek kemudian rebah di bahagian dapur rumah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan lanjut mendapati senjata bakakuk milik suspek masih mengandungi satu butir peluru hidup dalam chamber," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan termasuk laras senjata api bakakuk, peluru, kelongsong peluru serta sebilah parang panjang di lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Artikel➡️ Berita Harian
 
geng kapir anti islam@iran borneo ker nie?
 
Back
Top
Log in Register