BTC USD 82,763.7 Gold USD 4,097.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

A samad Said Ditahan

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
image.jpg


SHAH ALAM - Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said telah ditahan polis sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka, Jumaat lalu.

"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi.

"Saya dibawa tiga anggota polis," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta Samad supaya menyerah diri.

Menurutnya, sasterawan itu merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dilihat dalam insiden berkenaan.

Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam kelmarin di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi semalam selepas diambil keterangan.

Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.

Rakaman video berkaitan insiden itu telah dimuat naik di laman sosial.
 
elok la, dah tua2 g la dok masjid..ni rajin tul singgah lokap..bagi la kat org muda2 buat kerja2 lapangan nih...aduhaiii
 
elok la, dah tua2 g la dok masjid..ni rajin tul singgah lokap..bagi la kat org muda2 buat kerja2 lapangan nih...aduhaiii

dh yg muda2 masih lg dibutakan hati utk pilih keRAJAan yg menyusahkn rakyat.. maka si tua ni laa yg tlg pimpin yg muda...
 
elok la, dah tua2 g la dok masjid..ni rajin tul singgah lokap..bagi la kat org muda2 buat kerja2 lapangan nih...aduhaiii

berjuang tak kenal tua atau muda.

nampak sgt kekaratan.
 
nakgak tgk ko g lapangan masa tua...:)

skrg aku masih muda. Masa tua aku tatau sempat atau tak.
kurang2 aku dah usaha nak lihat Islam tu mekar di bumi tanahair ku.

ko ada akal nak pilih mane yg palsu atau intan.
terserah ko bro.
 
A. Samad tu x silap aku dia dh kecewa sgt..byk projek dulu2 x dpt u yg memberontak lain mcm tu..kebanyakan mereka ni dr golongan bermasalah..last2 masalah menimpa diri mereka sediri..org lain elok je pun..
 
Back
Top
Log in Register