BTC USD 86,460.3 Gold USD 4,142.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 Mimpi Rasulullah S.A.W

malkovich

Active Member
Messages
2,399
Joined
Oct 24, 2008
Messages
2,399
Reaction score
85
Points
30
Assalamualaikum...​


Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi - mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di israqkan ...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi mala'ikatul maut dengan keadaan menggerunkan untuk megambil nyawanya,
maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua ibubapanya.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. Aku melihat seorang umatku sedang dikerumuni oleh syaitan - syaitan dan iblis - iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkatnya zikir yang tulus ikhlas kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut keduburnya oleh malaikat ahzab,
tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk - nunjuk telah melepaskannya dari seksaan tersebut.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang teramat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,
ketika itu datanglah pahala puasa yang ikhlas kepada Allah S.W.T memberi minum hingga ia rasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia diusir,
maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil memimpinnya ke kumpulan seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keaadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8. Aku melihat umatku berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,
maka menjelmalah sifat silaturrahimnya dan tidak suka bermusuh - musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis - nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekah yang ikhlas kerana Allah S.W.T lalu menabirkan mukan dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



Wassalam.... :):D:)
 
rasa nak menangis pulak.....insaf rase nye
 
nice sharing tt... sharing is caring... hehehe... thanks....
 
no.1 tue ape mksd "terhalang perbuatannya"?

adakah malaikat maut xjd ambik soul dye?
 
klu puak2 yg satu lg ni tahu sure ditolaknya citer ni
 
Back
Top
Log in Register