BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral 9 ditahan termasuk remaja gaduh depan kedai di Rengit

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


JOHOR. Tular di media sosial pergaduhan sekumpulan lelaki didakwa berlaku di daerah Rengit, Batu Pahat.
Tgk kepada video, team baju merah vs team baju hitam.

Pak cik kopiah tu apa tggu lagi cabutlah!!! Biarkan dia orang!!!

Video: Orang Awam

9 ditahan termasuk remaja gaduh depan kedai di Rengit


BATU PAHAT – Sembilan termasuk remaja lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Rengit di sini, malam semalam.

Dalam kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 malam itu dipercayai berpunca rasa tidak puas hati terhadap seorang suspek kerana membuat bising hingga menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam.

Difahamkan, sebelum kejadian, salah seorang daripada mereka menunggang motosikal sambil membuat bising. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, susulan insiden itu polis menahan sembilan lelaki berusia antara 18 hingga 35 tahun. Beliau berkata, tangkapan dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan beberapa individu di kedai makan.

“Tangkapan dibuat pada pukul 12.10 tengah malam semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, kesemua suspek sudah direman empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan polis,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 40 saat tular menunjukkan sekumpulan lelaki bertengkar sebelum salah seorang daripada mereka menterbalikkan motosikal.

Tidak lama selepas itu, mereka bergaduh dengan membaling meja dan kerusi milik sebuah kedai makan serta topi keledar.

Pelanggan yang kebetulan sedang makan di kedai terbabit cuba meleraikan pergaduhan itu yang menyebabkan banyak barang rosak.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register