BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Gaduh di Dataran Merdeka: Remaja antara 5 ditahan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201



Gaduh di Dataran Merdeka: Remaja antara 5 ditahan

Kuala Lumpur: Remaja 17 tahun antara lima lelaki ditahan berhubung insiden pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka, di sini, yang tular baru-baru.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua suspek direman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia lingkungan 17 hingga 23 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

"Pihak polis memandang serius insiden yang berlaku yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan orang ramai.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam segala kegiatan yang melanggar undang-undang,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, polis sedang mengesan sekumpulan individu yang terbabit dalam kejadian pergaduhan di Dataran Merdeka di sini, sehingga videonya tular di laman sosial Facebook.

Menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu memaparkan beberapa lelaki bergaduh dengan ada antaranya membaling topi keledar.

Kejadian turut disaksikan sekumpulan penunggang dan pembonceng motosikal yang dilihat berkumpul di kawasan berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register