BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

85 warga China terlibat penipuan Forex ditahan

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
image.jpg

PREMIS yang dijadikan markas penipuan Forex yang dijalankan oleh sekumpulan warga China di Taman Desa semalam.

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Sebanyak 85 warga China ditahan kerana dipercayai terlibat dalam penipuan Forex menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Desa Bahagia, Taman Desa, di sini semalam.

Suspek yang terdiri daripada 71 lelaki dan 14 wanita warga China berusia lingkungan 19 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula pukul 9 malam yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan JSJ Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields.

Difahamkan, sindiket tersebut beroperasi sejak sebulan lalu dan menyasarkan mangsa dari negara China.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, ketika serbuan, kesemua suspek sedang berkumpul sambil mengendalikan komputer dan telefon bimbit yang berada di atas meja.

“Hasil pemeriksaan, kita dapati premis ini dijadikan markas penipuan Forex dan kita turut merampas 258 buah telefon bimbit, 122 unit komputer riba serta modem yang digunakan untuk aktiviti penipuan berkenaan.

“Kesemua suspek direman 14 hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

 
Penipuan jenis apa yang dia buat ni?
 
mcm mana depa leh masuk ke sini....itu yg paling utama...mesti ada yg supply tempat tinggal..jadi org tengah...mesti warga malaysia yg pasti bukan bercakap bahasa melayu..kan ..kan .kan...

Mesti Melayu dalang dia ni.
 
penipuan FOREX.....

tp ramai cakap FOREX ni menipu....

apabila dia rugi dalam FOREX...hehehehheheheh
 
penipuan FOREX.....

tp ramai cakap FOREX ni menipu....

apabila dia rugi dalam FOREX...hehehehheheheh
sebab tu kena direct secara langsung berurusan dengan Ib broker. sebaiknya pilih broker rekomended by carigold.com .
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13496
USD / JPY
157.384
GBP / USD
1.32332
USD / CHF
0.83339
USD / CAD
1.41883
EUR / JPY
178.624
AUD / USD
0.69892
Back
Top
Log in Register