InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
PREMIS yang dijadikan markas penipuan Forex yang dijalankan oleh sekumpulan warga China di Taman Desa semalam.
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Sebanyak 85 warga China ditahan kerana dipercayai terlibat dalam penipuan Forex menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Desa Bahagia, Taman Desa, di sini semalam.
Suspek yang terdiri daripada 71 lelaki dan 14 wanita warga China berusia lingkungan 19 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula pukul 9 malam yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan JSJ Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields.
Difahamkan, sindiket tersebut beroperasi sejak sebulan lalu dan menyasarkan mangsa dari negara China.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, ketika serbuan, kesemua suspek sedang berkumpul sambil mengendalikan komputer dan telefon bimbit yang berada di atas meja.
“Hasil pemeriksaan, kita dapati premis ini dijadikan markas penipuan Forex dan kita turut merampas 258 buah telefon bimbit, 122 unit komputer riba serta modem yang digunakan untuk aktiviti penipuan berkenaan.
“Kesemua suspek direman 14 hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE
85 warga China terlibat penipuan Forex ditahan
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Sebanyak 85 warga China ditahan kerana dipercayai terlibat dalam penipuan Forex menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Desa Bahagia, Taman Desa, di sini semalam.