BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

85 Peratus Kebakaran Di Punggai-Sebana Cove Berjaya Dipadam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1339641e8c740df7b9700a04d5ca9df469c50cc7a59f5

fb Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Sebanyak 85 peratus atau 127.5 hektar daripada 150 hektar kawasan yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, di sini, berjaya dipadamkan setakat 12 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, operasi pemadaman dengan menggunakan kaedah ‘direct attack’ melalui lori tangki air berjaya mengawal kebakaran dan menghalang penyebaran ke kawasan baharu.

Agensi itu memaklumkan bahawa pekerja ladang Yayasan Perladangan Johor (YPJ) turut membantu membuat ‘fire break’ dengan menggunakan mini ekskavator dari sebelah ladang PIJ dan sempadan hutan berhampiran, selain pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu aktiviti pemadaman.

Perancangan usaha pemadaman turut meliputi pelaksanaan ‘fire break’ serta kaedah ‘direct attack’ yang melibatkan baki 15 peratus atau kira-kira 22.5 hektar kawasan yang masih terbakar.

“Sumber air dari kolam YPJ turut dikenal pasti, manakala pekerja ladang YPJ membantu melaksanakan kerja-kerja ‘cooling’, selain pihak JBPM yang merancang penggunaan kaedah pengeboman air menggunakan helikopter bagi mempercepatkan pemadaman,” menurut agensi itu hari ini.

Bagi kebakaran berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pengerang, sebanyak 55 peratus atau 5.5 hektar daripada keseluruhan 10 hektar kawasan terjejas berjaya dipadamkan menggunakan kaedah ‘direct attack’ dan ‘total flooding’ menggunakan sumber air pili bomba berhampiran.

“Satu unit JCB Backhoe turut digunakan untuk membuat ‘fire break’ agar kemerebakan kebakaran dapat dikawal. Perancangan bagi pemadaman di kawasan ini termasuk kaedah ‘direct attack’ memadamkan baki 4.5 hektar kawasan kebakaran selain penggunaan jentera berat untuk memperkukuh kawalan kebakaran,” katanya.

Terdahulu, kebakaran di kedua-dua lokasi bermula pada 21 Mac lepas melibatkan kira-kira 150 hektar di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, manakala kebakaran di PPR Pengerang berlaku sejak 24 Mac lepas dengan keluasan 10 hektar.

JBPM Johor memaklumkan pihaknya telah menerima 2,403 panggilan berkaitan kes kebakaran terbuka sejak awal tahun sehingga 25 Mac, melibatkan kawasan seluas 1,925.34 hektar.

 
Back
Top
Log in Register