BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

80 Dokumen Hasil Dilulus Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a99b86111a2d6d60b3fdfad0c622698b68f994bc7555c


Sebanyak 80 dokumen hasil telah diterima dan diluluskan sepanjang 14 Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang berlangsung dari 26 hingga 28 Okt.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata ini termasuk Kenyataan Bersama Pemimpin ASEAN dengan Amerika Syarikat, Jepun, India, New Zealand dan Australia.

Dokumen hasil itu juga daripada Sidang Kemuncak ASEAN+3, Sidang Asia Timur (EAS), Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) dan Pemimpin Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Antara kejayaan yang dibanggakan ialah tatkala Timor Leste telah diterima masuk secara rasmi ke dalam ASEAN setelah memohon keanggotaan sejak 2011. Penerimaan ini menggariskan prinsip keterangkuman ASEAN dan visi perkongsian kemakmuran serantau yang selama ini diperjuangkan oleh Malaysia,” katanya.

Tunku Nashrul berkata satu lagi kejayaan penting ialah pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) antara Thailand dan Kemboja, yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Beliau berkata perkara itu merupakan manifestasi kesungguhan dan peranan aktif Malaysia dalam memudah cara pertikaian serantau secara aman dan konstruktif.

“Malaysia juga merakamkan penghargaan kepada Amerika Syarikat atas peranannya dalam memudahkan dialog dan persetujuan ini,” katanya.

Dari sudut ekonomi pula, Tunku Nashrul berkata sidang kemuncak kali ini telah memuktamadkan dua inisiatif perdagangan iaitu penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0, yang akan menawarkan akses pasaran lebih luas, prosedur lebih cekap dan membuka jalan untuk peluang ekonomi baharu dalam bidang digital dan hijau.

Beliau berkata dalam meletakkan ASEAN sebagai rantau yang berpaksikan hukum, pemimpin ASEAN juga telah mengesahkan semula Konsensus Lima Perkara (5PC) sebagai rujukan utama dan menggesa pelaksanaannya secara penuh, terutama bagi pemberhentian keganasan dan peningkatan bantuan kemanusiaan di Myanmar.

 
Back
Top
Log in Register