BTC USD 85,683.2 Gold USD 4,164.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

73 golongan

Dalam tv pon ada gak tok sami yg kata... kita semua sembah tuhan yg satu cuma cara lain2...(lebih kurang la..)

Tapi bukan ka ada hadis yg mengatakan... hanya agama Islam sahaja agama yg diredhai Allah swt.... ???

dalam agama islam pun ada dah pecahan ... sunni, syiah, ... mereka ini percaya pada ALLAH dan Muhammad itu pesuruh....

dalam TV? ada ker ... citer apa?

Islam yang bagaimana diterima ALLAH? sebab dalam era sekarang ni, ISLAM itu dah jadi agama warisan.
 
Tanya Sama Itu Hud-hud

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Lagu ni dimulakan dengan sebuah petikan hadis.Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Hurairah, artinya: "Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka, kecuali satu". Kemudian para sahabat pun bertanya: "Siapa mereka ya Rasulullah?".
Rasullah menjawab: "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku".

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud harus melalui tujuh lembah.
Ribuan burung sedunia pun berangkat. Namun yang berhasil bertemu dengan sang raja hanyalah 30 ekor saja. Tujuh lembah yang dikisahkan dalam cerita itu melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian yang telah dilalui Attar selama berkelana mencari hakikat hidup.
Ketujuh lembah yang harus ditempuh untuk dapat bertemu dengan Sang Khalik itu adalah lembah pencarian, lembah cinta, lembah keinsyafan, lembah kebebasan dan kelepasan, lembah keesaan murni, lembah keheranan, lembah ketiadaan

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Algojo ni maksudnya tukang pancung kepala.

Fariduddin Attar dipenjara oleh tentara Mongol. Lalu seseorang datang dan mencoba menebusnya dengan ribuan batang perak. Namun, Fariduddin Attar menyarankan agar tentera Mongol tak melepaskannya. Tentara Mongol mengira penolakan itu dilakukan agar tebusan yang diberikan lebih besar. Setelah itu datang lagi orang lain yang membawa sekarung jerami untuk menebus Fariduddin Attar. Kali ini Fariduddin Attar meminta agar tentera Mongol melepaskannya. Tentara Mongol pun marah besar dan lalu memotong kepala Fariduddin Attar.
Ini la dimaksudkan dalam kalut ada peraturan,peraturan mencipta kekalutan..Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

"Lang mensilang, Kui mengsikui" bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu.

Disini la pencipta lagu dan penulis lirik lagu ni mengajak kita mengkaji ,belajar..hakikat diri..hakikat kehidupan...adakah kita termasuk ikut satu jalan yang sampai dari 73 jalan tu...???

maaf kalau saya salah, ada dalam kitab Mi'raj Ruhani menemui nur Illahi mengatakan bahawa 73 golongan itu semua sekali akan masuk neraka / tidak mendapat hidayah ALLAH sehingga akhirat ... dan ada pendapat juga mengatakan 1 daripada 73 golongan tersebut akan mendapat manfaat daripada yang mengerjakannya....

daripada apa yg saya pelajari dari guru guru, mengatakan bahawa kesemua 73 golongan tersebut adalah golongan yang tidak memperolehi sebarang manfaat dari ALLAH termasuk sunni, shyiah, India, China, Budha, Ahli Sunnah Waljamaah, dan byk lagi golongan agama ....

1 golongan yang dimaksudkan adalah mereka mereka yg amat teguh pengangan pada kalimah LA ILA HA ILLAH MUHAMMAD RASULULLAH.

maaf kalau pendapat saya ni salah sama sekali ... saya pernah berjumpa dengan sami india, sami budha dari siam, budhha (cina) ... muallaf cina dan seorang ustaz (ustaz ni terkenal) .... pegangan kalimah tauhid sahaja yang mampu mengukuhkan hait seseorang itu.

sami India tu pernah mengatakan bahawa dia mengubat seseorang kaum Indai .. bukan dia yang menyembuhkannya, akan tetapi ALLAH yang melakukannya .. dia hanya melakukan gerak yang diilhamkan melalui hatinya sahaja .... aku pernah bertnya kenapa kalau mcm tu tak masuk agama islam ... jawapan dia yang buat aku terngaga sampai sekarang ... HINDU .. BUDDHA .. ISLAM .. KRISTIAN ... itu semua adalah agama warisan .... agama yang diturunkan dari nenek moyang sampai kehari ini ... semua sama cuma caranya berbeza dalam menyembah ALLAH ... kami sembah patung? adakah kami yakin patung itu yang memberikan kami makan, dll? tentu tidak. hnya ALLAH sahaja. kami bukan ***** nak sembah patung .. cuma caranya yang berbeza ....

aku pernah jumpa org buddha siam ... dimana ketua mereka mati ... tetapi apabila dibuka kain dipakainya terdapat senaskah alquran yang telah dialih bahasa (aku tak tnya dialih bahasa apa) .... tertulis sebuah catatan didalam alquran tersebut dalam bahasa siam dimana ... lebih kurang mcm ni , terkandung didalam tubuhku seluruh kitab ini, yang mana semuanya tuju kepada yang satu ....

dah tak larat aku nak tulis .. ni pendapat aku yang boddoh ..... harap dapat mennyelongkar lagi maksud hadith ini.

TEPAT SEKALI....ITU HAKIKAT SEBENAR...

SALAWAT....!

.:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
perbincangan menarik... :)cgrock ... aku bookmark dulu thread ni...
 
Islam yang bagaimana diterima ALLAH? sebab dalam era sekarang ni, ISLAM itu dah jadi agama warisan.

Dpt Tuan Mokhaini per-details kan... Terima kasih..
 
Islam yang bagaimana diterima ALLAH? sebab dalam era sekarang ni, ISLAM itu dah jadi agama warisan.

Dpt Tuan Mokhaini per-details kan... Terima kasih..

Islam yang bagaimana ini yang susah untuk saya jelaskan ... akan akibatnya nanti dikatakan saya ini yang macam macam. dalam dunia teknologi yang canggih ini, setiap kata dan tutur itu dibicarakan akan membawa kepada kebinasaan diri saya atau sebaliknya. apa yang boleh saya kongsikan disini pesan guru saya mengenai pegangan tauhid itu seharusnya kukuh selari dengan qada' dan qadar ALLAH.

acap kali kita dgr yang baik datang dari ALLAH, dan yang buruk datang dari saya sendiri sedarkah kita bahawa kenyataan tersebut sudah melencong dari maksud sebenar qada' dan qadar ALLAH? sesungguhnya samada yang baik dan yang buruk itu semua dari ALLAH sebab itu semua sudah menjadi perjanjian kita semasa belum diturunkan lagi ke dunia ini.kita berada didalam alam yang disebut "tidak mampu disebut atau dinyatakan lagi" iaitu berkaitan dengan dzat.

mengenai agama ISLAM yang dikatakan agama khazanah ataupun agama ikutan atau sebagainya, guruku ada berpesan, jgn sesekali seseorang itu melabelkan seseorang yang lain itu dgn perkataan kau syirik, kau ni berdosa besar, kau ni dan kau itu kerana perbuatan itu tidak boleh kita hukum melainkan ALLAH. Kita pernah tgk org tak solat, adakah kita boleh menghukum seseorang itu berdosa? pada mata kita, kita lihat ianya berdosa, tapi dalam hakikatnya, cuma dirinya sahaja yang berada didalam alam "wujud bersama ALLAH" atau org mudah ckp, ALLAH BERSAMA DENGAN KITA.

Caranya untuk kita terus tidak dikatakan menganut agama ikutan, adalah dengan mendalami lagi ilmu ALLAH ini. ALLAH sudah berfirman didalam ALQURAN, kajilah apa yang hendak kau kaji, pelajarilah ilmu dari segenap alam, tetapi jgn sesekali jgn kau pelajari dan kaji akan dzat aku. kerana dzat ALLAH bersifat Nafsiah dan Salbiyah. Seharusnya kita pelajari sifat Ma'ani dan Ma'anawiyah.
 
terima kasih kerana berkongsi ilmu..
 
Back
Top
Log in Register