Islam yang bagaimana ini yang susah untuk saya jelaskan ... akan akibatnya nanti dikatakan saya ini yang macam macam. dalam dunia teknologi yang canggih ini, setiap kata dan tutur itu dibicarakan akan membawa kepada kebinasaan diri saya atau sebaliknya. apa yang boleh saya kongsikan disini pesan guru saya mengenai pegangan tauhid itu seharusnya kukuh selari dengan qada' dan qadar ALLAH.
acap kali kita dgr yang baik datang dari ALLAH, dan yang buruk datang dari saya sendiri sedarkah kita bahawa kenyataan tersebut sudah melencong dari maksud sebenar qada' dan qadar ALLAH? sesungguhnya samada yang baik dan yang buruk itu semua dari ALLAH sebab itu semua sudah menjadi perjanjian kita semasa belum diturunkan lagi ke dunia ini.kita berada didalam alam yang disebut "tidak mampu disebut atau dinyatakan lagi" iaitu berkaitan dengan dzat.
mengenai agama ISLAM yang dikatakan agama khazanah ataupun agama ikutan atau sebagainya, guruku ada berpesan, jgn sesekali seseorang itu melabelkan seseorang yang lain itu dgn perkataan kau syirik, kau ni berdosa besar, kau ni dan kau itu kerana perbuatan itu tidak boleh kita hukum melainkan ALLAH. Kita pernah tgk org tak solat, adakah kita boleh menghukum seseorang itu berdosa? pada mata kita, kita lihat ianya berdosa, tapi dalam hakikatnya, cuma dirinya sahaja yang berada didalam alam "wujud bersama ALLAH" atau org mudah ckp, ALLAH BERSAMA DENGAN KITA.
Caranya untuk kita terus tidak dikatakan menganut agama ikutan, adalah dengan mendalami lagi ilmu ALLAH ini. ALLAH sudah berfirman didalam ALQURAN, kajilah apa yang hendak kau kaji, pelajarilah ilmu dari segenap alam, tetapi jgn sesekali jgn kau pelajari dan kaji akan dzat aku. kerana dzat ALLAH bersifat Nafsiah dan Salbiyah. Seharusnya kita pelajari sifat Ma'ani dan Ma'anawiyah.