Sumber: www.drhayei.com
Kita perlu kembali kepada kaedah dan disiplin ilmu yang lebih teras, sama ada ilmu hadis atau ilmu akidah. Kita perlu rujuk kepada sumber-sumber qat'i dan yaqini sebelum melangkah kepada sumber-sumber hadis yang zanni dan juz'i. Kita setuju dengan ulama yang menyatakan bahawa isu-isu yang membabitkan akidah hendaklah dalilnya lebih kukuh, berbanding dalil-dalil yang dipakai dalam isu-isu yang membabitkan akidah hendaklah dalilnya lebih kukuh, berbanding dalil-dalil yang dipakai dalam isu-isu yang berkaitan mu'amalat dan kemanusiaan.
Berbalik kepada hadis riwayat Tirmizi yang menyatakan perpecahan kepada 73 kumpulan, saya suka menarik beberapa perhatian berikut:
1. Hadis itu tidak diriwayat oleh Bukhari dan Muslim, dua kitab sahih yang utama dalam hadis. Memang benar, jika ada orang berkata, selain hadis Bukhari dan Muslim, masih banyak lagi hadis sahih yang ada dalam kitab-kitab lain, namun saya tetap berpendapat, bahawa Bukhari dan Muslim telah berusaha seberapa yang mungkin untuk mengumpulkan hadis sahih dalam kitab masing-masing.
2. Tirmizi yang mengaku hadis ini sahih tidak pula meriwayatkan perkataan 72 kumpulan akan masuk neraka, satu kumpulan sahaja ke syurga. Sedangkan fakta ini menimbulkan masalah tentang kesahihan hadis ini. Malah perkataan ini dianggap sesetengah pengkritik hadis sebagai da'if, bahkan Ibn hazm berpendapat maudu'.
3. Dalam hadis yang lebih sahih riwayat Bukhari dan Muslim menegaskan bahawa sesiapa mengucap la Ilaha Illallah nescaya masuk syurga, tanpa mengira dalam kumpulan mana ia berada dan tanpa menyatakan bagaimana latar belakang orang itu dan tanpa bertanya kali pengucapannya, mungkin sekali seumur hidup pun sudah mencukupi bagi kemasukannya ke syurga. Hadis ini perlu juga dipelihara di samping hadis perpecahan umat kepada 73 kumpulan yang jauh lebih rendah martabatnya daripada hadis ini.
4. Al-Hakim yang mengatakan hadis berkenaan perpecahan kepada 73 kumpulan itu sahih dan masih relevan dengan syarat Muslim tidak dapat diterima secara mutlak kerana pentashihan al-Hakim diketahui umum sebagai terlalu mudah dan murah. Salah seorang perawi yang bernama Muhammad bin Amru yang dikatakan relevan dengan syarat Muslim itu bergantung kepada syarat iaitu jika ia bersama-sama dengan perawi yang lain. Jika tiada, maka riwayatnya juga ditolak oleh Muslim.
Saya berpendapat, walaupun Imam al-Tirmizi dan al-Hakim menerima hadis ini namun kedaifannya masih dirasai kerana bertentangan dengan dalil yang kuat, lagipun dalam isu akidah ia perlu dihalusi. Atas pertimbangan ini saya hampir-hampir cenderung mengatakan bahawa semua umat Islam akan masuk syurga. Hanya jalan kemasukan mereka berbeza antara satu dengan lain.
Sesetengah orang masuk syurga tanpa hisab, sesetengahnya pula masuk dengan hisab tetapi terlepas, sesetengah yang lain pula masuk syurga dengan syafaat nabi-nabi, malaikat dan rakan-rakan yang jujur dan ikhlas, bahkan yang lain pula masuk syurga dengan rahmat dan keampunan Allah, bahkan yang terakhir sekali ada yang masuk syurga setelah sekian lama ditimpa azab sengsara.
Atas pertimbangan ini, hadis perpecahan umat hingga 73 kumpulan itu boleh diabaikan sahaja, sehingga kita memperoleh kefahaman yang lebih muktamad dan sesuai dibincangkan secara lebih rasional. Penyebaran hadis ketika fahaman kita masih samar, ada kemungkinan merosakkan dakwah yang kita bina selama ini. Lagipun apa ruginya jika hadis ini tidak digunakan dalam pengajaran dan dakwah kita.
Sebagai kesimpulan, perpecahan umat Islam kini belum cukup untuk dikatakan perpecahan kepada kumpulan yang akan menentukan sama ada ke syurga atau neraka kerana hadis yang berkenaan belum cukup syarat-syarat kesahihan sepenuhnya.