BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

666 Patung Putera Siddhartha Tarikan Utama Sambutan Hari Wesak Peringkat Selangor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141

666 Patung Putera Siddhartha Tarikan Utama Sambutan Hari Wesak Peringkat Selangor​

91846799cdaff6ea7bc4bc3577de99086a01f4978a14e

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han (duduk, tengah) bergambar pada sidang media Perayaan Hari Wesak Peringkat Negeri Selangor 2026 di Wisma Dewan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk mencipta rekod kebangsaan dengan memasang 666 patung Putera Siddhartha sempena sambutan Hari Wesak peringkat negeri pada 6 Jun ini, sebagai usaha memupuk keharmonian masyarakat berbilang kaum serta memperdalam kefahaman terhadap budaya Buddha.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam Selangor Ng Sze Han berkata pemilihan jumlah patung tersebut melambangkan tarikh istimewa sambutan pada tahun ini yang jatuh pada 6 Jun 2026.

Bertemakan Bridging Through Digital, Cultivating Wisdom Together, sambutan tahun ini akan berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 Jun di Kuil Sugata Dharma Vihara, Jenjarom, Kuala Langat dan dijangka menarik 5,000 pengunjung.

“Selain ritual utama, festival ini menawarkan pelbagai aktiviti dan mesra keluarga termasuk upacara sesi pemberkatan dan bacaan mantera oleh sami Mahayana dan Theravada, penyalinan sutra dalam bahasa Cina dan Sanskrit serta aktiviti prayer wheel,” katanya dalam sidang media di Dewan Annex Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini hari ini.

Ng Sze Han yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri berkata program tahunan yang dianjurkan sejak 2009 itu bertujuan memupuk keharmonian masyarakat berbilang kaum serta selaras dengan kempen Tahun Melawat Selangor 2026 bagi mempromosikan pelancongan berasaskan budaya.

Beliau berkata majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada 9 pagi, 6 Jun yang juga hari kemuncak.

“Selain upacara keagamaan, kami turut menyediakan bengkel kraf interaktif seperti cetakan blok kayu, pembuatan daun Bodhi, dan pembuatan beg kanvas bertemakan petikan Dharma. Satu lagi tarikan unik tahun ini ialah Pameran Setem Buddha oleh Galeri Setem Buddha Sedunia yang memaparkan kisah kehidupan Buddha melalui koleksi setem pos yang unik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang David Cheong Kian Young berkata pelbagai aktiviti berorientasikan keluarga turut diatur bagi menarik pengunjung daripada semua peringkat umur.

“Ia direka untuk membawa masyarakat kembali kepada makna asas sambutan Wesak, iaitu  ‘Triple Celebration’ yang memperingati kelahiran, pencerahan dan Parinirvana Buddha, sekali gus meningkatkan pemahaman yang tepat dalam kalangan masyarakat terhadap ajaran tersebut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register