BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

60 Tahun LPPKN Terus Perkukuh Kesejahteraan Keluarga Di Malaysia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,775
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,775
Reaction score
289
Points
146

60 Tahun LPPKN Terus Perkukuh Kesejahteraan Keluarga Di Malaysia​

619ba78bd0c3fba9c7c20b584207207e6a28f61d1ac96

Kredit: FB - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kini melangkah ke usia enam dekad sebagai institusi utama yang memainkan peranan penting dalam memastikan institusi keluarga terus kukuh sebagai asas kekuatan negara.

Ditubuhkan pada 1966 sebagai Lembaga Perancang Keluarga Kebangsaan, organisasi itu muncul dalam konteks Malaysia pasca kemerdekaan bagi mengurus pertumbuhan penduduk secara sistematik menerusi intervensi klinikal dan pendidikan komuniti.

LPPKN dalam kenyataan memaklumkan evolusi organisasi itu menyaksikan anjakan paradigma yang signifikan melalui pindaan akta pada 1984 yang mengubah fokus daripada pendekatan “merancang kelahiran” kepada “membangun kesejahteraan keluarga” yang lebih menyeluruh.

“Pendekatan LPPKN menjadi semakin tersusun menjelang dekad 1990-an dengan penekanan kepada pembangunan keluarga secara sistematik yang menyaksikan pelaksanaan program seperti Gerakan Keluarga Bahagia serta pengenalan modul kekeluargaan sebagai asas intervensi berstruktur bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan, komunikasi interpersonal dan nilai murni kekeluargaan,” menurut kenyataan itu.

Perkembangan itu berlaku seiring dengan peningkatan cabaran sosial seperti perubahan peranan gender, tekanan ekonomi serta dinamika hubungan kekeluargaan yang kompleks, yang menyaksikan LPPKN mula melihat keluarga bukan sekadar unit demografi, sebaliknya institusi sosial yang memerlukan sokongan berterusan dan pendekatan lebih holistik.

Menurut kenyataan itu, LPPKN terus memperkukuh penyampaian perkhidmatannya menerusi pengenalan konsep kitaran hidup keluarga seperti program SMARTSTART bagi persediaan perkahwinan, selain penubuhan Pusat Keluarga pada 2001 sebagai hab perkhidmatan sehenti di bawah satu bumbung.

“Turut diberi penekanan adalah Program Pembangunan Remaja melalui penubuhan KafeTEEN pada 2006 bagi membentuk nilai sejak usia muda, memandangkan cabaran keluarga Malaysia kini semakin kompleks dan bersifat pelbagai dimensi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah LPPKN Datuk Abdul Shukur Abdullah berkata kekuatan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui angka ekonomi, sebaliknya ia bermula dari dalam rumah apabila nilai, identiti dan kesejahteraan dibentuk sejak awal kehidupan.

“Pendekatan bersepadu adalah kunci kepada keberkesanan perkhidmatan. Kesejahteraan keluarga bersifat holistik dan perlu ditangani sebagai satu ekosistem,” katanya dalam kenyataan sama.

 
Back
Top
Log in Register