SG, Malaysia akan terus perkukuh perkongsian ekonomi: Presiden Tharman
Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 13 Julai 2026. (Gambar: Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital)
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia berkongsi hubungan ekonomi yang kukuh, dan kedua-dua negara akan terus memperkukuh kerjasama tersebut, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Isnin (13 Jul).
Presiden Tharman berkata demikian semasa lawatan negara rasmi ke Malaysia ketika mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
IKLAN
Ini merupakan lawatan negara pertama beliau ke Malaysia, dan menyusuli lawatan negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada Mei 2024.
Presiden Tharman menyifatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta Laluan RTS Johor Bahru-Singapura yang bakal beroperasi sebagai dua contoh cita-cita bersama kedua-dua negara.
"Kedua-duanya mencerminkan hasrat bersama untuk meningkatkan usaha yang saling melengkapi ekonomi kita," katanya.
Beliau menambah bahawa selepas projek RTS siap kelak, ia akan meningkatkan lagi hubungan antara rakyat Singapura dan Malaysia dalam bidang-bidang seperti pelancongan, jagaan kesihatan dan pendidikan.
"Hakikatnya, prasarana fizikal dan ekonomi yang kita bangunkan bergantung kepada hubungan sosial yang lebih mendalam," kata Presiden Tharman.
IKLAN
Beliau berkata hubungan antara Singapura dengan Malaysia mempunyai keistimewaan yang "sukar ditemui di tempat lain", sambil menambah bahawa setiap generasi kepimpinan kedua-dua negara secara konsisten memilih untuk memandang ke hadapan dan membina masa depan bersama.
Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 13 Julai 2026. (Gambar: Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital)
Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 13 Julai 2026. (Gambar: Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital)
Presiden Tharman turut berkata bahawa kedua-dua negara berkongsi sejarah saling membantu ketika berdepan situasi sukar dan terus memperkukuh hubungan itu dari semasa ke semasa.
"Kita juga dari semasa ke semasa mempunyai isu penting yang perlu diselesaikan - isu yang mencerminkan kita saling bergantung antara kedua-dua negara. Namun, kita tidak membiarkan isu-isu ini menjejas keupayaan kita untuk terus meneroka bidang-bidang kerjasama yang baharu dan positif," katanya.
"Pendekatan yang sentiasa memberi tumpuan kepada matlamat lebih besar untuk berkembang bersama dan memperluaskan kepentingan bersama telah menjadikan hubungan kita kukuh - malah agak luar biasa dalam dunia hari ini."
Dengan menyatakan bahawa ramai keluarga di Singapura mempunyai sejarah serta hubungan yang berterusan merentasi sempadan, Presiden Tharman berkata ramai rakyat Malaysia dan Singapura yang bekerja dan menetap di negara masing-masing melambangkan hubungan semula jadi antara kedua-dua rakyat.
"Semangat kekeluargaan dan perkongsian yang berkekalan inilah yang memberikan kita lebih banyak keyakinan sedang kita mengharungi dunia yang semakin berpecah belah, dengan mengetahui bahawa kita boleh saling bergantung antara satu sama lain," katanya lagi.
SG, Malaysia akan terus perkukuh perkongsian ekonomi: Presiden Tharman
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia berkongsi hubungan ekonomi yang kukuh, dan kedua-dua negara akan terus memperkukuh kerjasama tersebut, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Isnin (13 Jul). Presiden Tharman berkata demikian semasa lawatan negara rasmi ke Malaysia ketika mengadakan pertemuan...